Polis buru 2 wanita curi barang kemas Korea

Polis buru 2 wanita curi barang kemas Korea

 

KEPALA BATAS: Polis memburu dua wanita dipercayai mencuri sejumlah barang kemas Korea di sebuah gerai yang tidak beroperasi di dalam sebuah pasar raya di Bertam dekat sini, Isnin lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang peniaga lelaki berusia 39 tahun yang mendakwa barangan jualannya dicuri.

 

See also  Lelaki sokong Israel di TikTok positif dadah

Menurut beliau, mangsa menyedari kejadian itu kira-kira pukul 5 petang selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika berada di rumahnya di Kulim, Kedah.

 

“Suspek didakwa telah menyelak kain biru yang menutupi kotak pameran dan mengambil barang-barang kemas Korea.

“Rakaman CCTV memaparkan dua suspek yang memakai pelitup muka beberapa kali mundar-mandir di kawasan kedai mangsa sebelum mencuri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

See also  Susun atur pemasangan sistem air mineral dirumah

 

Beliau berkata, siasatan mendapati gerai berkenaan ditutup sejak awal bulan ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala barang jualan tersebut ditinggalkan di kedai dan hanya ditutup dengan kain biru.

 

Ekoran kejadian itu jelasnya, mangsa mendakwa kerugian kira-kira RM2,000 selepas satu kotak cincin dan rantai tangan emas Korea dilarikan suspek.

 

“Polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek yang telah dikenal pasti itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

See also  Nilai Impian tenang, tiada perlanggaran SOP

 

▶️Utusan Online

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis buru 2 wanita curi barang kemas Korea " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155708
Users Today : 498
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24103
Users Last 30 days : 79532
Users This Month : 49433
Users This Year : 155707
Total Users : 155708
Views Today : 820
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36332
Views Last 30 days : 122374
Views This Month : 75651
Views This Year : 238041
Total views : 238042
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares