3 POLIS TURUT JADI PENYANGAK

3 POLIS TURUT JADI PENYANGAK

 

ALOR SETAR: Tiga anggota polis antara enam individu yang ditahan kerana disyaki melarikan wang tunai berjumlah RM400,000 selepas memecah masuk pejabat cawangan sebuah syarikat kurier di sini, Rabu lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mereka terlebih dahulu mematikan fungsi kamera litar tertutup (CCTV) dengan mencabut fius utama bekalan elektrik di luar pejabat tersebut.

 

Menurutnya, selepas itu suspek memecah masuk premis itu dengan cara mengumpil pintu utama sebelum membawa lari sebuah peti besi berisi wang tunai berjumlah RM400,000.

See also  Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000

Katanya, wang tunai itu adalah hasil kutipan daripada khidmat tunai ketika penghantaran yang dikumpulkan di pejabat berkenaan.

 

“Bagaimanapun, hasil maklumat awam kami menahan salah seorang daripada suspek selepas beberapa jam kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

See also  CCTV KEJADIAN SAMUN BERSENJATA DI TEMERLOH

 

Susulan itu, beliau memberitahu, polis menahan dua lagi suspek pada Khamis lalu, sebelum menahan tiga anggota polis terdiri daripada seorang sarjan dan dua koperal di sini, semalam.

Katanya, kesemua yang ditahan itu berusia antara 30-an hingga 50-an.

 

“Pihak kami juga menemukan semula wang tunai berjumlah kira-kira RM263,295 yang dilarikan itu.

 

“Selain itu, beberapa barangan antaranya sebuah peti besi, tujuh telefon pintar, dua kad sim dan satu mesin pencanai turur dirampas bagi membantu siasatan.

See also  CCTV Suspek kes samun klinik gigi ditahan

 

“Setakat ini, kami masih menyiasat peranan dimainkan oleh ketiga-tiga anggota polis tersebut,” katanya.

 

▶️UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 3 POLIS TURUT JADI PENYANGAK " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372043
Users Today : 658
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15355
Users Last 30 days : 64478
Users This Month : 61061
Users This Year : 372042
Total Users : 372043
Views Today : 974
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23000
Views Last 30 days : 99326
Views This Month : 94112
Views This Year : 573178
Total views : 573179
Who's Online : 17
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares