Berlumuran darah pergi balai polis

Berlumuran darah pergi balai polis

 

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu lori cedera parah selepas lengan kanannya ditetak dengan sebilah parang oleh rakannya di Taman Cantik, Butterworth di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 31 tahun terpaksa menerima 37 jahitan selepas dilibas dengan parang sepanjang 40 sentimeter (sm).

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas mangsa pergi ke Balai Polis Butterworth dalam keadaan berlumuran darah sebelum dia dikejarkan ke hospital.

See also  Putus dua jari kaki dilanggar penjenayah

 

Beliau berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa terserempak kenalannya berusia 39 tahun itu yang telah bertanya apa yang mangsa mahukan.

 

“Mangsa menjawab dia tidak mahu apa-apa sebelum dipukul dengan topi keledar dan dia segera beredar dengan motosikalnya.

 

“Apabila sampai di kawasan Taman Cantik, tiba-tiba suspek melanggar motosikal mangsa dari belakang dengan motosikal sebelum suspek mengeluarkan sebilah parang dan melibas sehingga kena lengan kanan mangsa.

 

“Mangsa terus memecut motosikal menuju ke balai polis bagi menyelamatkan dirinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

See also  ????️Tegur supaya supaya perlahan kan suara berakhir dengan tindakbalas pukul memukul

 

Noorzainy berkata, akibat kejadian itu, lelaki itu terpaksa menerima 37 jahitan apabila lengan kanannya mengalami luka sepanjang kira-kira 10 sm dan sedalam 2 sm.

 

“Polis juga telah menahan suspek yang didapati positif dadah dan mempunyai dua rekod berkaitan dadah tersebut di Taman Cantik serta merampas sebilah parang sejurus menerima laporan.

 

“Bagaimanapun, punca kejadian tidak dapat dikenalpasti kerana mangsa tidak tahu dan dia tiada masalah dengan suspek serta hanya syak suspek adalah penagih dadah,” katanya.

See also  Protes terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Muhibbah, Tawau.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

 

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

26 Jun 2021, 7:53 pm

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Berlumuran darah pergi balai polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378425
Users Today : 2020
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16564
Users Last 30 days : 61815
Users This Month : 5429
Users This Year : 378424
Total Users : 378425
Views Today : 2806
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24683
Views Last 30 days : 94935
Views This Month : 7971
Views This Year : 582665
Total views : 582666
Who's Online : 7
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares