CCTV Serang kenalan wanita kerana cinta ditolak

Serang kenalan wanita kerana cinta ditolak

 

26 Jun 2021

 

GOMBAK – Seorang lelaki warga Myanmar bertindak menyerang kenalan wanita senegaranya menggunakan pisau di hadapan sebuah kedai di Jalan Wangsa 3/5 Taman Wangsa Permai Desa Jaya di sini pada Rabu, gara-gara cemburu cintanya ditolak.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada jam 6.10 petang.

 

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami luka di bahagian leher kanan, dahi kiri dan lengan kanan.

See also  Polis siasat dakwaan anggota pukul pekerja warga Myanmar

 

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca mangsa berusia 35 tahun itu diserang dengan kenalannya dipercayai akibat perasaan cemburu suspek yang menaruh rasa cinta terhadap mangsa.

 

Katanya, mangsa dikatakan enggan menerima cinta suspek berusia 40-an itu.

See also  Dua Myanmar ditangkap bunuh hidupan liar Malaysia

 

“Mangsa yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pernah diganggu suspek beberapa kali sebelum kejadian,” katanya.

 

Tambahnya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan lokasi suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222 atau 011-12300778 bagi membantu siasatan,” katanya.

See also  Video@Dibakarnya kereta gara gara cinta tak berbalas

 

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV Serang kenalan wanita kerana cinta ditolak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367158
Users Today : 2070
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11790
Users Last 30 days : 64137
Users This Month : 56176
Users This Year : 367157
Total Users : 367158
Views Today : 3101
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17997
Views Last 30 days : 99138
Views This Month : 86939
Views This Year : 566005
Total views : 566006
Who's Online : 32
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares