Kasut baharu buat ‘Uncle’

Kasut baharu buat ‘Uncle’

Puchong: “Saya memang sudah lama berniat berikannya hadiah kerana tidak sampai hati melihatnya pakai kasut koyak dan lusuh ketika bekerja,” kata peniaga cendol, Muhammad Affiruddin Mat Ariff.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kisah Muhammad Affiruddin, 33, mendapat perhatian netizen hingga tular di laman sosial selepas Muhammad Affiruddin berkongsi kisah lelaki digelar ‘Uncle’ itu menerusi satu hantaran di Facebook (Fb).

 

Menerusi hantaran itu, Muhammad Affiruddin berkongsi kisahnya menghadiahkan kasut baharu kepada seorang pekerja pembersihan sempena ulang tahun kelahirannya sendiri semalam.

 

Bercerita lanjut, Muhammad Affiruddin yang menetap di Bandar Puchong Jaya, di sini berkata, dia seringkali ternampak lelaki berkenaan ketika dalam perjalanan dari rumah ke tapak niaga di Taman Puchong Permai.

 

Bagaimanapun, bapa seorang anak perempuan itu tidak berkesempatan untuk menyapa sebelum ini kerana sibuk dan perlu mengejar masa.

 

“Jarak antara rumah ke tapak niaga kira-kira lima kilometer (km) dan akan melalui Jalan Puchong Perdana iaitu laluan Uncle berkenaan sering menyapu sampah.

See also  Ajaibnya Kasih Sayang Bonda kepada anak berbeza bangsa dan agama

 

“Pernah sekali, saya nampak Uncle itu di lampu isyarat dan terlihat kasutnya yang lusuh dan koyak hingga menampakkan jari kaki.

 

“Belum sempat saya buka tingkap untuk menyapanya, lampu isyarat bertukar hijau jadi terpaksa memandu untuk meneruskan perjalanan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

 

AFFIRUDDIN MAT ARIFF

 

Menurut Muhammad Affiruddin, dia kerap ternampak Uncle itu sejak tiga minggu lalu cuma keadaan tidak mengizinkan untuk berhenti dan menyapanya sehingga semalam.

 

“Kebetulan, saya melalui jalan yang sama semalam dan dia berada betul-betul di hadapan jadi saya terus berhentikan kereta untuk menegurnya.

 

“Saya minta izin untuk melihat kasutnya dan nampak memang sudah lusuh, koyak, ada kesan jahitan tetas seperti sudah dijahit banyak kali serta nampak tidak boleh dibaiki lagi.

See also  Spesis tak boleh bincang sila cari rumah luar kawasan taman

 

“Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk belikan kasut yang baharu cuma Uncle itu tidak tahu saiz jadi saya cuba agak saja ukuran kakinya,” katanya.

 

Menurut Muhammad Affiruddin, dia ke kedai sendiri dan terus menyerahkan kasut kepada lelaki itu sebaik membelinya.

“Alhamdulillah, kasut yang dibeli muat dipakai olehnya.

 

“Saya tidak sempat berbual lama dengan Uncle itu tetapi ada bertanya beberapa perkara antaranya tinggal bersama siapa dan waktu kerja.

“Menurut Uncle itu, dia sepatutnya sudah pulang tetapi masih bekerja kerana banyak lagi sampah perlu dibersihkan jadi daripada situ, saya nampak kesungguhannya mencari rezeki,” katanya.

 

Muhanmad Affiruddin berkata, niatnya berkongsi kisah di Fb bukan untuk menunjuk tetapi membuka mata masyarakat mengenai kepayahan individu yang bekerja sebagai pekerja pembersihan.

See also  PM-Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 dikreditkan 6 September 2021

 

“Mesej saya cuba sampaikan adalah supaya kita semua menjaga kebersihan kerana boleh jadi, pekerja seperti Uncle perlu bekerja lebih masa dalam keadaan sepertinya (memakai kasut koyak).

 

“Apa pun, saya gembira kerana dapat bantu Uncle itu pada hari ulang tahun kelahiran saya tanpa mengira apa pun bangsa dan agamanya.

 

“Mungkin Allah sudah takdirkan saya bertemu dan membantunya,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai penyelia kakitangan pembersihan hotel di Melbourne, Australia sebelum memulakan perniagaan cendol pada Julai tahun lalu.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kasut baharu buat 'Uncle' " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156023
Users Today : 813
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24418
Users Last 30 days : 79847
Users This Month : 49748
Users This Year : 156022
Total Users : 156023
Views Today : 1382
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36894
Views Last 30 days : 122936
Views This Month : 76213
Views This Year : 238603
Total views : 238604
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares