Rakyat Malaysia ditemui mati dalam kereta di Thailand

Rakyat Malaysia ditemui mati dalam kereta di Thailand

 

27 Jun 2021, 1:18 am

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan Malaysia ditemui mati dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah kuil di Bang Phli di wilayah Samut Prakan Jumaat lalu.

 

Mengikut laporan Bernama, Timbalan ketua penyiasat balai polis Bang Phli Pol, Kapten Pongnarin Nontanok berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai di tempat duduk pemandu dengan keadaan enjin masih hidup.

See also  Kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang !

Menurut beliau, penduduk tempatan menghubungi polis pada petang Jumaat dan pemeriksaan dalam kereta menjumpai arang yang sudah terbakar.

 

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut beliau, isteri mangsa membuat laporan di balai polis Bang Phli pada Jumaat lalu susulan kehilangan suaminya itu.

See also  Disangka mati, pesakit Covid-19 bangun sebelum dibakar

 

Media tempatan melaporkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sekurang-kurangnya tujuh atau lapan jam sebelum mayatnya ditemui.

 

Penduduk tempatan menghubungi polis selepas mendapati kereta itu berada di kawasan tempat letak kereta berhampiran kuil berkenaan sejak malam Khamis. – UTUSAN

See also  Wanita Turki juruterbang jet pejuang pertama didunia
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakyat Malaysia ditemui mati dalam kereta di Thailand " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156765
Users Today : 606
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23420
Users Last 30 days : 78851
Users This Month : 50490
Users This Year : 156764
Total Users : 156765
Views Today : 1116
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35529
Views Last 30 days : 121466
Views This Month : 77667
Views This Year : 240057
Total views : 240058
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares