Helikopter TLDM mendarat cemas semua Kru selamat

Helikopter TLDM mendarat cemas Kru helikopter TLDM selamat

 

Lumut: Semua kru helikopter jenis Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mendarat cemas di sini, hari ini berjaya diselamatkan.

 

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Perak berkata, kejadian 12 tengah hari itu berlaku ketika penerbangan operasi melakukan pendaratan kecemasan dalam Pangkalan TLDM Lumut.

See also  [Video] Samseng jalanan dapat upah hasil belasah warga emas

 

“Semua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

 

“Insiden ini juga tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” menurut kenyataan itu

See also  Video✓✓Lori undur sendiri rempuh deretan kereta

 

TLDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

 

Difahamkan, insiden itu adalah kejadian kemalangan pertama membabitkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Helikopter TLDM mendarat cemas semua Kru selamat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385549
Users Today : 1627
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17312
Users Last 30 days : 60865
Users This Month : 12553
Users This Year : 385548
Total Users : 385549
Views Today : 2490
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25656
Views Last 30 days : 92789
Views This Month : 18575
Views This Year : 593269
Total views : 593270
Who's Online : 8
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares