Tak tahan derita sakit Covid-19

Tak tahan derita sakit Covid-19

 

Kajang: Mayat lelaki ditemui tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) di sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima panggilan daripada orang awam jam 7.47 pagi memaklumkan terlihat lelaki tergantung di jejantas itu.

See also  Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000

 

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas itu.

 

“Maklumat awal daripada waris mendapati mangsa disyaki dijangkiti Covid-19 dan dia mengatakan tidak tahan dengan sakit dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.

 

“Mayat diturunkan dengan bantuan bomba dan seterusnya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

See also  [Video] POLIS TAHAN LELAKI SELEPAS AKSI KEJAR MENGEJARĀ 

 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seorang pegawai dan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

“Kerja-kerja menurunkan mayat kemudian dijalankan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Disiarkan pada: Jun 28, 2021 @ 12:54pm

See also  Lelaki murung akibat tertekan dengan masalah kesihatan maut jatuh bangunan

Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my

Video/gambar: Media Sosial

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tak tahan derita sakit Covid-19 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155712
Users Today : 502
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24107
Users Last 30 days : 79536
Users This Month : 49437
Users This Year : 155711
Total Users : 155712
Views Today : 833
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36345
Views Last 30 days : 122387
Views This Month : 75664
Views This Year : 238054
Total views : 238055
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares