Tarikh lihat anak bulan Zulhijah pada 10 Julai di 28 lokasi

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah pada 10 Julai di 28 lokasi

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mohd Nasaruddin Parzi

bhnews@bh.com.my

June 29, 2021 @ 11:14am

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 tempat bagi melihat anak bulan Zulhijah iaitu pada petang Sabtu, 10 Julai ini bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijrah.

 

Jabatan Penerangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah 29 tempat yang dilaporkan sebelum ini tidak tepat.

 

Katanya, menerusi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-raja sudah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

 

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah (Hari Raya Qurban) yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya memetik kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

See also  Jiwa patriotik pudar jahanamkan maruah bolasepak negara

 

Lokasi bagi melihat anak bulan itu adalah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka dan Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Di Selangor, Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selain Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong di Perak.

 

Di Pulau Pinang, Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Ace serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pulau Langkawi, menara Alor Setar, Alor Setar, di Kedah dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

See also  Carl Samsudin mohon maaf

 

Lokasi lain, Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman dan Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.

 

Di Sarawak, di Esplanade Luak, Miri dan Teluk Bandung, Kuching manakala Sabah, di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan dan Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

See also  Lapangan AntaraBangsa Pahang Pacu Ekonomi Pantai Timur

 

Di Pahang, Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan sementara di ibu negara, di Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya

 

Sumber Berita Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tarikh lihat anak bulan Zulhijah pada 10 Julai di 28 lokasi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133158
Users Today : 1553
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20470
Users Last 30 days : 69173
Users This Month : 26883
Users This Year : 133157
Total Users : 133158
Views Today : 2464
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31807
Views Last 30 days : 108149
Views This Month : 41783
Views This Year : 204173
Total views : 204174
Who's Online : 2
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares