Dua anggota polis terbabit kes larikan peti besi dibebaskan atas arahan Mahkamah

Dua anggota polis terbabit kes larikan peti besi dibebaskan atas arahan Mahkamah

NASIONAL

 

Bernama – 29 June 2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SUNGAI PETANI – Dua anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000, di sebuah syarikat logistik di Alor Setar pada 23 Jun lepas, dibebaskan semalam.

 

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua anggota berpangkat koperal itu yang sebelum ini antara 10 yang ditahan berkaitan kes itu, dibebaskan atas arahan mahkamah.

See also  Tak sampai 24 jam semua 4 sekawan perompak diberkas Polis

 

“Mereka dibebaskan atas arahan mahkamah, manakala 92 peratus wang yang dilarikan ditemui dalam beberapa siri serbuan dan tangkapan sebelum ini.

 

“Kita masih menyiasat mengenai baki wang yang belum ditemui, dan lapan individu lain yang masih ditahan. Lapan suspek itu ditahan reman sehingga 1 Julai ini dan kemungkinan akan disambung untuk melengkapkan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pematuhan prosedur operasi standard di beberapa buah kilang di sini hari ini.

See also  Petani miliki senapang jenis AK47 ditahan

 

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi pada 23 Jun lalu, sekumpulan penjenayah memecah masuk premis pejabat syarikat itu dan melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000.

 

Susulan itu, polis telah menahan 10 suspek berusia antara 20-an hingga 50-an, termasuk tiga anggota polis iaitu seorang sarjan dan dua koperal dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Alor Setar dan menemui semula sebahagian besar wang. – Bernama

See also  CCTV ✓✓ Empat lelaki bersenjata kapak, tukul samun kedai emas
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua anggota polis terbabit kes larikan peti besi dibebaskan atas arahan Mahkamah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

151882
Users Today : 3489
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24384
Users Last 30 days : 81604
Users This Month : 45607
Users This Year : 151881
Total Users : 151882
Views Today : 5278
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36943
Views Last 30 days : 125103
Views This Month : 69694
Views This Year : 232084
Total views : 232085
Who's Online : 15
Your IP Address : 3.229.124.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares