Durian Musang King RM140 buruk, berulat – jadi pengajaran
RAUB – Apa perasaan anda apabila melihat anak dan isteri sedang menunggu di meja makan untuk menikmati keenakan durian Musang King tetapi buah yang dibelah buruk dan berulat.


Itulah yang terjadi kepada seorang pesara guru, Salehudin Mat Rasad,61, apabila durian Musang King Raub yang terkenal di seluruh dunia dibelinya dengan harga RM140 buruk dan berulat.
Salehudin Mat Rasad berkata, kejadian itu menjadi pengajaran baginya agar memastikan durian yang dibeli dibelah terlebih dahulu.
“Memang hampa kerana anak dan isteri menunggu menikmati durian tetapi sebiji durian buruk yang tinggal hanya sebiji yang menpunyai empat ulas.
“Saya rasa bersalah kerana tidak membuka semasa beli tetapi saya percaya dengan penjual yang kata buah itu elok walaupun ada lubang,”katanya.
Tambahnya, dia berhasrat menukar durian yang baharu tetapi reda sekiranya penjual durian di sebuah pusat jualan di Sg Klau itu tidak mahu menggantikan durian yang baharu.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Durian Musang King RM140 buruk, berulat jadi pengajaran " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.