Wanita ini gigih membanting tulang demi anak- anak

8 pagi hingga 11 malam RM50

 

Dengan pendapatan sekitar RM100-RM1500 sebulan, JKM wajar mempertimbang bantuan kepada wanita ini demi kelangsungan kehidupan sangat mencabar sekarang ini.

 

Kuala Lumpur: Demi kelangsungan hidup dia dan empat anak, wanita ini sanggup melakukan lebih dua pekerjaan dari pagi hingga ke malam demi mendapatkan wang antara RM50 hingga RM80 sehari.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penat lelah wanita ini demi menyara hidup empat anaknya berusia 12, 10, 5 tahun dan lapan bulan bermula jam seawal 8 pagi hingga 11 malam.

 

Ketabahan wanita ini, Noorul Hafizah Roslan, 33, memberi inspirasi buat ramai orang apabila sanggup mengerah kudrat empat kerat demi sesuap nasi.

 

Rutin hariannya bermula jam 5 pagi dengan menyediakan makanan buat anaknya sebelum keluar rumah 8 pagi untuk membersihkan serta melipat kain di rumah orang.

 

“Sekiranya ada masa senggang, saya akan melakukan kerja runner dengan menghantar dan membeli barangan yang ditempah pelanggan.

 

“Kemudian, jam 5 petang hingga 10 malam, saya bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah kedai makan di Temerloh,” katanya yang berasal dari daerah itu.

See also  Beras Nak Makan Pun Takde…” – Ibu Tunggal 5 Anak Hilang Pekerjaan

 

Noorul Hafizah berkata, rutin hariannya berlaku hampir setiap hari sebaik kaki melangkah keluar rumah dan motosikalnya menjadi teman membawanya ke mana saja destinasi diminta pelanggan.

 

“Tidak kira di mana saja sekitar Temerloh, saya akan mengambil upah sama ada membersihkan rumah, melipat kain atau runner sebelum memulakan tugas hakiki sebagai pembantu dapur.

 

“Selain itu, saya juga menjual apa saja produk menerusi atas talian demi menampung keperluan harian.

 

“Malah, selepas habis kerja di kedai makan jam 10 malam, sekiranya ada pelanggan yang tidak kisah untuk saya pergi melipat kain di rumah mereka, saya akan terima juga kadang-kadang sehingga jam 11 malam,” katanya.

 

Ditanya mengenai anaknya, Noorul Hafizah berkata, tiga anaknya dijaga oleh adiknya yang tinggal berdekatan rumah manakala yang bongsu berusia lapan bulan dihantar kepada pengasuh.

See also  Gadis bakal duduki SPM rindu Bapa Kandung mesej pun sekadar 'SEEN' sahaja

 

“Selagi tulang empat kerat saya ini berdaya, saya akan usahakan apa yang terbaik buat keluarga ini.

 

“Alhamdulillah, anak-anak sangat memahami kehidupan saya dan tidak pernah merungut kerana faham kesusahan hidup mereka,” katanya.

 

Akuinya, dia sangat memerlukan wang berikutan mempunyai komitmen untuk membayar sewa rumah, bulanan motosikal dan pengasuh anaknya.

 

“Pendapatan saya tidak menentu, jika banyak job yang masuk, dapatlah saya lebihan wang hari berkenaan.

 

“Kerja sekarang agak perlahan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama selepas Aidilfitri,” katanya.

 

Katanya, sejak dulu lagi dia sudah biasa melakukan banyak pekerjaan dan rutin itu menjadi keutamaan hidupnya.

 

“Saya tiada bakat memasak dan tidak berpelajaran tinggi sangat, hanya kerja menggunakan tulang empat kerat ini saja yang mampu saya lakukan,” katanya.

 

Dia juga mengakui cuba mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi tidak diluluskan.

 

“Saya pernah minta bantuan JKM, tetapi tidak dapat sebab saya masih mampu bekerja,” katanya.

See also  Kaedah Memohon Bakul Prihatin Negara

 

Menerusi video perkongsian TikTok yang kemudian menjadi tular itu, Noorul Hafizah berkata, diharap perkongsian itu menjadi inspirasi buat wanita lain di luar sana serta membawa rezeki untuknya.

 

“Saya berkongsi dengan tujuan supaya orang mengetahui servis membersihkan rumah dan melipat kain di rumah orang.

Dengan pendapatan sekitar RM100-RM1500 sebulan, JKM wajar mempertimbang bantuan kepada wanita ini demi kelangsungan kehidupan sangat mencabar sekarang ini.

 

“Malah, saya nak tunjukkan, sebagai perempuan juga saya boleh melakukan banyak kerja dalam sehari dan diharap menjadi inspirasi untuk masyarakat luar,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita ini gigih membanting tulang demi anak- anak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155670
Users Today : 460
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24065
Users Last 30 days : 79494
Users This Month : 49395
Users This Year : 155669
Total Users : 155670
Views Today : 750
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36262
Views Last 30 days : 122304
Views This Month : 75581
Views This Year : 237971
Total views : 237972
Who's Online : 7
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares