Peniaga Viral Video telah ditawar lot niaga Pasar Harian Selayang, pernah dikompaun tiga kali – Wilayahku

Peniaga telah ditawar lot niaga, pernah dikompaun tiga kali – Wilayahku

MENURUT Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), alasan yang diberikan dalam video yang tular adalah tidak tepat kerana peniaga tersebut telah ditawarkan lot oleh DBKL untuk berniaga di dalam PHSKL.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

TINDAKAN penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh sekumpulan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di kawasan sekitar Kompleks Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur (PHSKL) bertujuan mengekang aktiviti penjaja tanpa lesen namun  tindakan tersebut dirakam oleh sekumpulan penjaja dan menularkannya di laman sosial sehingga menimbulkan fitnah terhadap DBKL.

 

Unit Medianya dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa notis pemakluman awal kepada penjaja tersebut supaya mengosongkan tapak telah diberikan oleh DBKL pada 27 Mei 2021 lalu.

See also  Wanita Myanmar dihukum penjara  18 bulan kerana kesalahan guna identiti orang lain untuk dapat Vaksin Covid-19

 

“Menerusi notis itu, penjaja tersebut diminta mengosongkan tapak dalam tempoh 14 hari. Tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh DBKL pada 24 Jun 2021 adalah untuk mengekang aktiviti penjaja tanpa lesen ini daripada terus berkembang tanpa kawalan.

 

Tindakan tersebut bertujuan untuk memastikan tiada aktiviti perniagaan pasar terbuka berjalan dalam tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

 

Menurut DBKL, siasatan di tapak juga mendapati aktiviti perniagaan dijalankan oleh warga asing.

 

“Peniaga tersebut sebelum ini pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan lebih daripada tiga kali di bawah UUK 3 – Undang-Undang Kecil Pelesenan PenjajaWPKL 2016 kerana berniaga tanpa lesen dan pada kali terakhir adalah pada 27 Mei 2021.

See also  Sedih melihat timbunan sampah ditinggalkan peniaga bazar Jalan TAR

 

Tindakan sita juga pernah dikenakan terhadap beliau kerana menggunakan pekerja warga asing dan semakan oleh DBKL pada hari operasi dilaksanakan mendapati penjaja yang terbabit dalam video tersebut adalah merupakan penjaja yang telahpun ditawarkan lot di dalam PHSKL,” katanya.Menjelas lanjut, DBKL berkata, alasan yang diberikan dalam video yang tular adalah tidak tepat kerana peniaga tersebut telah ditawarkan lot oleh DBKL untuk berniaga di dalam PHSKL.

 

“Tawaran itu dibuat melalui surat yang bertarikh 27 Mei 2021 dan sehingga kini, beliau belum mengemukakan borang maklumbalas permohonan beserta dokumen seperti yang dipohon oleh pihak DBKL,” katanya.

See also  DBKL TERUSKAN TINDAKAN TERHADAP WARGA ASING

 

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan bahawa tiada tindakan penguatkuasaan dilaksanakan pada hari tersebut kerana peniaga itu telah dengan sukarela membuka sendiri khemah-khemah perniagaan miliknya.

 

“Tapak tersebut juga telah dikosongkan serta dalam kawalan serta pemantauan pihak DBKL. — WILAYAHKU

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Peniaga Viral Video telah ditawar lot niaga Pasar Harian Selayang, pernah dikompaun tiga kali – Wilayahku " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363048
Users Today : 1187
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9943
Users Last 30 days : 65398
Users This Month : 52066
Users This Year : 363047
Total Users : 363048
Views Today : 1891
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15468
Views Last 30 days : 101008
Views This Month : 80807
Views This Year : 559873
Total views : 559874
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares