Polis kenal pasti remaja perempuan didakwa pukul rakan sekola

Polis kenal pasti remaja perempuan didakwa pukul rakan sekolah – Wilayahku

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sebuah video berdurasi 2.19 saat itu tular di Twitter menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul oleh seorang remaja perempuan lain dan disaksikan tiga orang rakannya di satu kawasan tangga. Foto- Free Malaysia Today

 

POLIS mengenal pasti seorang remaja perempuan dipercayai terlibat dalam video menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul di kawasan tangga yang tular di media sosial sejak semalam.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata remaja terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu kes berkenaan.

 

Beliau berkata dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya itu, seorang remaja perempuan berusia 12 tahun cedera di kepala dan badan selepas dipukul remaja perempuan lain yang cemburu dengan hubungan mangsa dengan abang angkatnya.

See also  {{VIDEO}} Tunjuk Parang Di Bulatan Pahang 4 dicekup

 

“Pengadu membuat laporan polis pada 9.26 malam semalam berhubung kejadian itu dan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat dipukul suspek yang berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun yang juga rakan sekolahnya.

 

‘’Hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian, terdapat rakan suspek yang merakamkan perbuatan suspek serta menularkannya kepada beberapa kumpulan WhatsApp dan laman instagram milik suspek,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

See also  Saya ‘mabuk, melampaui batas’, kata Datuk Tan

 

Mohamad Fakhrudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan meminta orang ramai agar tidak menularkan video itu lagi.

 

Sebuah video berdurasi 2.19 saat itu tular di Twitter menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul oleh seorang remaja perempuan lain dan disaksikan tiga orang rakannya di satu kawasan tangga. – BERNAMA

See also  Rakaman Peniaga pukul kepala pembeli kerana persoal harga minuman
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis kenal pasti remaja perempuan didakwa pukul rakan sekola " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148860
Users Today : 467
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24166
Users Last 30 days : 80258
Users This Month : 42585
Users This Year : 148859
Total Users : 148860
Views Today : 647
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36933
Views Last 30 days : 123149
Views This Month : 65063
Views This Year : 227453
Total views : 227454
Who's Online : 11
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares