Kibaran bendera putih semakin meningkat di Kelantan

Kibaran bendera putih semakin meningkat di Kelantan

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Seorang ibu terpaksa membuat keputusan mengibarkan bendera putih selepas tidak mampu untuk membeli susu dan lampin pakai buang buat anak kembarnya yang berusia sembilan bulan sejak sebulan lalu.

 

Salmizan Yusof, 36, berkata, ekonomi keluarganya terumbang-ambing selepas suami, Faizal Sampritom, 35, diberhentikan kerja sebagai pembantu kedai.

 

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas pemilik kedai tempat suaminya bekerja sudah tidak mampu menampung pertambahan kos sejak penularan jangkitan Covid-19.

 

“Suami terpaksa mencari ikhtiar dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjual burger secara kecil-kecilan dengan melatakkan makanan itu di kedai berhampiran rumah.

See also  Usaha murni sediakan tandas khas kucing jalanan

 

“Kami memang tiada wang untuk membeli keperluan asas seperti lampin pakai buang dan susu untuk anak kembar. Akhirnya, saya mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Gelang Mas di sini hari ini.

 

Menurut Salmizan, dia menaikkan bendera putih di hadapan rumah secara sembunyi-sembunyi pada malam kelmarin kerana malu dengan jiran-jiran.

 

Katanya, selepas bendera itu dinaikkan, jiran-jirannya datang menghulurkan bantuan pada pagi semalam.

See also  Begini suasana Rakyat B40 mengharungi ujian kehidupan

 

“Alhamdulillah, penghulu kampung sudah menghulurkan bantuan kepada saya selepas gambar bendera di hadapan rumah tular di media sosial.

 

“Sejujurnya, saya berada dalam keadaan terdesak selepas suami hilang pekerjaan akibat Covid-19. Merumitkan lagi keadaan saya sudah tiga bulan tidak dapat melunaskan tunggakan sewa rumah,” ujarnya.

 

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Bank Islam 03027029618426 atas nama Salmizan Yusof.

 

Sumber – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

See also  TMJ-Biar saya uruskan skuad kebangsaan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kibaran bendera putih semakin meningkat di Kelantan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367064
Users Today : 1976
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11696
Users Last 30 days : 64043
Users This Month : 56082
Users This Year : 367063
Total Users : 367064
Views Today : 2948
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17844
Views Last 30 days : 98985
Views This Month : 86786
Views This Year : 565852
Total views : 565853
Who's Online : 2
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares