PKPD: Kawat dipasang di tangga elak penduduk keluar masuk blok

PKPD: Kawat dipasang di tangga elak penduduk keluar masuk blok

03 Jul 2021

 

MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

KUALA LUMPUR – Pemasangan kawat berduri di tangga Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas dilaksanakan bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok berkenaan.

 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, terdapat kekeliruan yang timbul apabila gambar kawat duri di laluan tangga tersebut disebarkan kerana penduduk merasa bimbang sekiranya berlaku kecemasan.

 

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini dilaksanakan terhadap satu blok sahaja kerana blok yang lain didapati kurang berisiko.

See also  Rakaman Kes gaduh Pasar Borong KL berpunca isu tolak bakul sayur – Polis

 

“Polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memasang kawat duri di laluan tangga blok tersebut bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok berkenaan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Pemasangan kawat duri tersebut dibuat setelah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD yang turut dihadiri oleh pihak bomba,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

 

Katanya, terdapat laluan lain yang boleh digunakan oleh penduduk blok tersebut bagi tujuan keluar dari blok sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

See also  Pasangan Kekasih langgar polis seorang mengaku salah tetapi pasangan minta dibicarakan

 

“Polis dan ATM juga sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan siap siaga dalam mengadapi sebarang kemungkinan.

 

“Sekiranya berlaku kecemasan, pihak ATM berkemampuan untuk membuka kawat duri tersebut dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.

 

Menurutnya, polis dan ATM juga sentiasa berada di laluan tersebut untuk memantau situasi semasa.

 

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang menimbulkan kegusaran masyarakat.

 

“Polis sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

 

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kawat dipasang di tangga sebuah blok di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas.

See also  Rezeki bertambah selepas bantu kerja kebajikan

 

Netizen mendakwa tindakan itu membahayakan penduduk sekiranya berlaku kecemasan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PKPD: Kawat dipasang di tangga elak penduduk keluar masuk blok " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139623
Users Today : 799
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21752
Users Last 30 days : 74279
Users This Month : 33348
Users This Year : 139622
Total Users : 139623
Views Today : 1095
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33743
Views Last 30 days : 114910
Views This Month : 51485
Views This Year : 213875
Total views : 213876
Who's Online : 33
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares