{RAKAMAN} Belasah sampai mati, 16 sekeluarga ditahan

Belasah sampai mati, 16 sekeluarga ditahan

 

Kuala Langat: 16 sekeluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian membabitkan kematian seorang lelaki di Ladang Baru Kelanang di sini, petang semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, semua suspek yang berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 60-an itu ditahan antara jam 1 hingga 3 pagi semalam, di lokasi kejadian

 

Menurutnya, polis menahan ahli keluarga termasuk ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara terdekat mangsa.

 

“Mereka yang terdiri daripada lapan perempuan dan lapan lelaki dewasa itu dipercayai berada di tempat kejadian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

See also  Kompaun RM10,000 kerana letak pelitup di dagu

 

Menurut Ahmad Ridhwan, kira-kira jam 10.15 malam tadi, Hospital Banting memaklumkan seorang pesakit yang dihantar oleh ambulans meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan hospital itu akibat kecederaan dipukul.

 

“Hasil siasatan mendapati si mati adalah seorang penganggur, berumur awal 30-an dari ladang berkenaan dan dipercayai dipukul oleh beberapa ahli keluarga iaitu ibu, ayah, adik-beradik dan saudara mara terdekat.

 

“Kejadian berlaku pada jam 6.30 petang di mana mangsa dalam keadaan mabuk datang ke rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang.

See also  Warga emas OKU ugut pemandu dengan sabit

 

“Si mati mengganggu dan memukul beberapa ahli keluarga serta merosakkan kenderaan milik adiknya dengan memecahkan cermin kereta menggunakan batu-bata,” katanya.

 

Beliau berkata, akibat berang dengan sikap si mati, ahli keluarga bertindak memukul si mati menggunakan kayu, kerusi dan batu.

 

“Si mati yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa oleh ambulans ke hospital sebelum meninggal dunia.

 

“Bertindak di atas maklumat itu, 16 ahli keluarga ditahan dan polis turut merampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan untuk mencederakan si mati di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

See also  Salah seorang suspek kes pergaduhan di Beaufort di tangkap

Disiarkan pada: July 2, 2021 @ 9:00pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " {RAKAMAN} Belasah sampai mati, 16 sekeluarga ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370427
Users Today : 2190
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14608
Users Last 30 days : 65833
Users This Month : 59445
Users This Year : 370426
Total Users : 370427
Views Today : 3040
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21810
Views Last 30 days : 101420
Views This Month : 91587
Views This Year : 570653
Total views : 570654
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares