RAKAMAN Datuk Dera anjing hanya kerana tidak patuh arahan

Datuk Dera anjing hanya kerana tidak patuh arahan

 

2 July 2021

Perbuatan lelaki berkenaan menunjukkan seorang individu yang berpenyakit minda dan  tidak wajar diberi lesen pemilikan senapang.

 

KUALA LUMPUR – Pemilik syarikat bergelar Datuk tergamak mendera anjing peliharaannya berulang-kali dipercayai akibat tidak patuh arahan di pejabatnya di Kota Tinggi, Johor.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan berkata, kejadian terakhir dipercayai dilakukan pada 28 Jun dan aduan diterima daripada pekerja lelaki terbabit, kelmarin.

 

Menurutnya, menerusi rakaman video berkenaan, anjing diberi nama Max itu didenda berdiri di atas motosikal dalam tempoh satu hingga dua jam kerana kegagalan mematuhi arahan.

 

See also  Video@Samseng Asrama SMK Kemahang tunjuk belang

Katanya, dalam satu rakaman berasingan, kedengaran jeritan anjing dipercayai akibat dipukul pemiliknya itu.

 

“Max didenda berdiri atas motosikal dan jika terjatuh, ia akan dipukul sekuatnya dengan alatan seperti besi, palang atau tangan.

 

“Menurut pengadu, Max sudah didera berulang-kali oleh majikannya, namun tiada kakitangan yang berani menyuarakan kejadian kerana takut dipecat.

 

“Pengadu sudah menasihati majikannya untuk menghentikan perbuatan terbabit, namun pelaku mengugut mahu memukul haiwan itu sehingga mati jika menegurnya lagi selain mendakwa memiliki senapang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 

Menurut Kalaivanan, disebabkan buntu dan tiada daya untuk melawan, pengadu mengambil keputusan untuk melaporkan kes itu kepada pihak polis.

See also  Mama uteh bahagia menumpang kasih berteduh di Balai Polis 

 

Katanya, pengadu sanggup dipecat kerana tidak tahan melihat penganiayaan yang dilakukan pelaku terhadap Max.

 

“Bagi pihak SAFM, saya mengucapkan terima kasih di atas keberanian pengadu mengambil risiko demi melaporkan jenayah itu sekali gus menegakkan keadilan untuk Max.

 

“Perbuatan lelaki berkenaan menunjukkan pelaku adalah seorang individu yang tidak wajar diberi lesen pemilikan senapang.

 

“Perkara ini harus dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk memastikan hanya individu yang mempunyai akal yang waras dan layak sahaja diberikan lesen senjata api,” katanya.

 

Katanya, kekejaman dan penganiayaan yang dilakukan terhadap Max menjadi kesalahan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 .

 

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,00 atau dipenjarakan selama tempoh maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“SAFM berharap dan memohon Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan sewajarnya dalam hal ini,” katanya.

See also  Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah di kepala

 

#updateinfo✍️

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " RAKAMAN Datuk Dera anjing hanya kerana tidak patuh arahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378007
Users Today : 1602
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16146
Users Last 30 days : 61397
Users This Month : 5011
Users This Year : 378006
Total Users : 378007
Views Today : 2154
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24031
Views Last 30 days : 94283
Views This Month : 7319
Views This Year : 582013
Total views : 582014
Who's Online : 14
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares