{Video} Bendera putih ‘bongkar’ lima beranak tinggal di bilik kecil

Bendera putih ‘bongkar’ lima beranak tinggal di bilik kecil

MELAKA – [DIKEMASKINI] Tindakan sepasang suami isteri menggantung bendera putih di luar tingkap bilik akhirnya membongkarkan kehidupan mereka lima beranak yang mendiami sebuah bilik kecil sejak tiga tahun lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bilik tingkat tiga berkeluasan 3.6 x 6.1 meter yang disewa dengan kadar bayaran RM350 sebulan merupakan bangunan bekas hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah.

 

Erala Ismail, 45 berkata, setiap malam dia sedih mengenangkan nasib anak-anaknya yang adakalanya terpaksa mengikat perut dan makan sekali sehari memandangkan kini hanya dia seorang sahaja yang bekerja selepas suaminya, Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42 berhenti kerja sejak enam bulan lalu di medan selera berhampiran sebagai pembantu dapur.

See also  Operasi musnah kebun Musang King Raub bermula

 

Menurutnya, kerana tidak mahu anak-anaknya yang berusia antara 10 hingga 16 tahun itu berlapar dia dan suaminya akhirnya tekad menggantung bendera putih sejak tiga hari lalu selepas melihat kampen itu di media sosial Facebook.

Lima beranak tinggal di bilik kecil dan sempit di Jalan Munshi Abdullah sejak tiga tahun lalu.

 

Katanya, sebelum ini biarpun susah mereka hanya mampu berdiam diri dan tidak meminta-minta namun dalam keadaan pandemik Covid-19 dia cuba berikhtiar dengan cara itu untuk mendapatkan sesuap nasi demi anak-anaknya.

 

“Saya beritahu suami, apa kata kita cuba gantung bendera putih, mana tahu ada yang prihatin.

 

“Alhamdulilah dua hari selepas itu ada pihak yang datang menghulurkan bantuan makanan termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan kami amat berterima kasih, ” katanya yang berstatus penduduk tetap.

See also  Video@Stadium Hang Jebat bergelap menyebabkan Perlawanan Melaka-KlCity ditangguh

 

Ujarnya, sebelum ini mereka pernah menyewa rumah dengan bayaran sewa RM400 sebulan, bagaimanapun mereka tidak berkemampuan untuk terus membayarnya lebih-lebih lagi ketika itu suami hanya memperolehi gaji sebanyak RM35 sehari.

 

Erala berkata, disebabkan kesempitan hidup dia juga tidak dapat mendaftarkan anak bongsunya untuk bersekolah manakala anak sulungnya bersekolah pendidikan khas kerana mengalami masalah pendengaran.

 

Katanya, lebih membimbangkan apabila anak perempuannya kini semakin membesar tetapi terpaksa mendiami tempat yang berkongsi bilik air dengan penyewa lain.

 

“Setiap kali anak perempuan saya ke tandas kongsi itu, maka saya akan menemaninya kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

See also  Video Abang ViVa Viral berbekal RM50 redah perjalanan ke Selangor dan Pahang

 

” Di bilik inilah tempat kami tidur dan memasak dan saya berharap dapat pindah ke tempat lebih baik namun disebabkan terpaksa menyediakan bayaran deposit yang tinggi menyebabkan kami tak mampu,” katanya.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Bendera putih 'bongkar' lima beranak tinggal di bilik kecil " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124544
Users Today : 3967
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22216
Users Last 30 days : 69889
Users This Month : 18269
Users This Year : 124543
Total Users : 124544
Views Today : 5998
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33777
Views Last 30 days : 108481
Views This Month : 27890
Views This Year : 190280
Total views : 190281
Who's Online : 21
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares