Warga emas OKU ugut pemandu dengan sabit

Warga emas OKU ugut pemandu dengan sabit

 

KAJANG – Bengang ditegur kerana memandu di jalan sehala, seorang wanita warga emas yang juga golongan orang kelainan upaya (OKU) bertindak mengacukan tongkat yang diikat dengan sabit ke arah seorang lelaki, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Terdahulu, video berdurasi satu minit 46 saat tular di laman sosial memaparkan warga emas itu memandu di jalan sehala menyebabkan dua kenderaan lain tidak dapat melalui jalan berkenaan.

 

Pemandu kereta cuba menegur warga emas tersebut namun dia enggan beralah, sebaliknya telah menunjukkan tongkat yang diikat dengan sabit ke arah individu itu dan turut mengaku sebagai pemegang kad OKU.

See also  Video Avanza bawa barang terlarang dipandu melawan arus

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis telah menerima laporan kejadian itu daripada mangsa yang mengaku telah berselisih faham dengan warga emas terbabit di Blok A3, Jalan Bukit Segar 1, Taman Bukit Segar, Cheras, dekat sini kelmarin.

 

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah kerana mangsa telah menegur suspek (warga emas) yang memandu di jalan sehala menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan yang lain di kawasan tersebut.

See also  Kanak-kanak dakwa didera diserah kembali kepada ibu bapa

 

“Suspek telah menunjukkan kad OKU sambil mengangkat tongkat yang diikat dengan sabit serta cuba memukul ke arah mangsa, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

 

Jelasnya, suspek yang berusia 66 tahun itu telah ditahan hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 

Saksi bebas yang melihat kejadian diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 0197691924/03-89114222.

See also  Video✓✓Pengasuh Ditahan Disyaki Dera Kanak-kanak Autisme – Polis

 

▶️ KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga emas OKU ugut pemandu dengan sabit " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363562
Users Today : 181
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10457
Users Last 30 days : 65912
Users This Month : 52580
Users This Year : 363561
Total Users : 363562
Views Today : 238
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16164
Views Last 30 days : 101704
Views This Month : 81503
Views This Year : 560569
Total views : 560570
Who's Online : 5
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares