Wanita minta lampin berjenama dikecam.

Wanita minta lampin berjenama dikecam.

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

3 Julai 2021, 7:41 pm

Anak aku kan, aku punya sukalah, takde duit nak bagi pampes brand yang anak aku pakai cakap jela. Aku tak mainlah pakai pampes brand cap ayam, nanti menggerutu pula kulit anak aku.

PETALING JAYA – Dah bagi betis nak paha pula. Itulah reaksi balas orang ramai susulan satu tangkap layar perbualan seorang wanita memohon bantuan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi perbualan yang dikongsi seorang pengguna Facebook, wanita yang juga seorang suri rumah telah memohon bantuan lampin pakai buang untuk anaknya berusia lima tahun daripada NGO terbabit.

Bagaimanapun keadaan sedikit tegang apabila wanita itu mula menunjukkan ‘perangai mengada-ngada’nya apabila meminta lampin pakai buang berjenama dan mahal.

See also  Pahang arah henti lombong emas di Kechau

Namun, NGO terbabit dengan sopan membalas ‘permintaan’ wanita itu dengan memberitahu stok bantuan lampin pakai buang hanya boleh diberikan berdasarkan dana penyumbang.

Ekoran ‘permintaan’ itu tidak ditunaikan wanita terbabit telah membalas perbualan itu dengan bahasa kasar dan turut memarahi pihak NGO tersebut.

“Anak aku kan, aku punya sukalah, takde duit nak bagi pampes brand yang anak aku pakai cakap jela. Aku tak mainlah pakai pampes brand cap ayam, nanti menggerutu pula kulit anak aku.

“Tak mampu bagi cakap siang-siang banyak lagi NGO mampu bagi. Bagi jela pampes buruk tu untuk rakyat yang selayaknya, sikit pun aku tak heran,” balas wanita itu kepada NGO tersebut.

See also  Gadis bakal duduki SPM rindu Bapa Kandung mesej pun sekadar 'SEEN' sahaja

Susulan tangkap layar yang tular itu, orang ramai telah ‘menyerang’ wanita itu dengan rata-ratanya meninggalkan reaksi marah pada hantaran masing-masing.

“Dah susah buat laa cara susah, orang dah bagi pampers kau sibuk nak yang branded (berjenama). Sedarlah diri tu dah susah, kalau nak yang branded, pergi beli sendiri, sedar diri tu kak,” tulis Raihana Aiman.

Pada masa sama, pengguna Facebook dikenali sebagai Farah Farah turut menasihat wanita itu agar melatih anaknya supaya tidak memakai lampin pakai buang lagi memandangkan usia anaknya sudah mencecah lima tahun.

“Saya mampu beli pampers anak, tapi seawal 3 tahun dah ajar anak kencing berak kat tandas. Ini ada kemahiran hidup dan kita kena latih anak.

See also  Oku lumpuh memerlukan kerusi roda

“Memang ambik masa, 2 bulan untuk elakkan terkucil, dan stress bila kencing sana sini. Tapi kita sebagai ‘parents’ kena bantu anak untuk berdikari cuma waktu malam ja masih belum berjaya, kena pakai pampers,” nasihatnya.-K! ONLINE.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita minta lampin berjenama dikecam. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363542
Users Today : 161
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10437
Users Last 30 days : 65892
Users This Month : 52560
Users This Year : 363541
Total Users : 363542
Views Today : 206
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16132
Views Last 30 days : 101672
Views This Month : 81471
Views This Year : 560537
Total views : 560538
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares