Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV

Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave telah menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu. – Gambar PDRM

 

KUCHING: Seorang remaja mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuching atas tuduhan menyamar sebagai doktor pakar yang bertugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya.

 

Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave, 20, dari Bandar Baru Semariang membuat pengakuan itu semasa prosiding yang dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi pada Selasa.

 

Bagaimanapun, Zubaidah dalam penghakimannya memutuskan agar tertuduh ditahan lanjut sehingga 17 Ogos.

See also  Remaja bawah 18 tahun divaksin minggu depan, bermula dengan Sarawak - KJ

 

Mahkamah turut menetapkan tarikh 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes bagi mendengar laporan sosial tertuduh.

 

Syah Hairil dituduh di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahu atau denda jika disabit kesalahan.

 

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.

 

Tertuduh telah melakukan kesalahan itu antara Januari hingga Julai tahun ini, malah telah menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.

See also  Di mana Che Som?

 

Namun, rahsianya terbongkar apabila seseorang yang berada di PPV itu mengenalinya dan mengakui rakan sekelas tertuduh ketika di tingkatan dua pada 2016.

 

Tertuduh ditahan polis di PPV Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Julai lalu sekitar pukul 3 petang.

 

Ketika ditahan, polis turut merampas peralatan kedoktoran, pakaian kerja berwarna biru, serta pas kerja palsu dengan nama Dr Shah Hairil Izman.

See also  Dua Meninggal Dunia Selepas Kapal Langgar Pelantar Minyak di Sarawak
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378000
Users Today : 1595
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16139
Users Last 30 days : 61390
Users This Month : 5004
Users This Year : 377999
Total Users : 378000
Views Today : 2144
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24021
Views Last 30 days : 94273
Views This Month : 7309
Views This Year : 582003
Total views : 582004
Who's Online : 20
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares