30 kakitangan HSAH dijangkiti Covid-19

30 kakitangan HSAH dijangkiti Covid-19

 

Alor Setar: Seramai 30 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani didapati positif Covid-19 dipercayai membabitkan penularan varian Delta dan Beta.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kakitangan hospital yang positif terdiri daripada doktor, jururawat dan pekerja bahagian pembersihan hospital berkenaan.

 

“Hospital ini tidak ditutup dan tidak berlaku penutupan semua bahagian, hanya wad tertentu sahaja yang ditutup untuk proses sanitasi dengan bahagian perkhidmatan kecemasan terus beroperasi seperti biasa.

See also  Kes Covid-19 dijangka cecah 13,000 kes pada 14 Jun

 

“Bagaimanapun mereka yang perlu melakukan rawatan susulan di klinik pakar, tarikh temujanji dan jadual akan disusun semula,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mesej yang tular mendakwa HSAH ditutup selepas 100 kakitangannya dijangkiti Covid-19 varian Delta yang dikesan di India dan varian Beta yang dikesan di Afrika Selatan.

See also  7 Manfaat besar KULIT Bawang Merah untuk Kesihatan

 

Mesej itu turut menyatakan terdapat arahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) agar hospital hanya mengambil dan merawat kes yang benar kecemasan sahaja berikutan penularan virus varian berkenaan.

 

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati berkata, pihaknya meminta orang ramai supaya tidak resah dengan kejadian ini kerana ia sedang dikendalikan JKN dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

 

Katanya, orang ramai perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

See also  Remaja hilang dari rumah

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 30 kakitangan HSAH dijangkiti Covid-19 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385584
Users Today : 1662
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17347
Users Last 30 days : 60900
Users This Month : 12588
Users This Year : 385583
Total Users : 385584
Views Today : 2558
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25724
Views Last 30 days : 92857
Views This Month : 18643
Views This Year : 593337
Total views : 593338
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares