Kawalan PGA lancarkan operasi tebang, musnah ladang durian haram

Kawalan PGA lancarkan operasi tebang, musnah ladang durian haram

 

RAUB, PAHANG: Operasi tebang dan musnah ladang durian haram dalam Hutan Simpan Batu Talam di sini, berjalan lancar hari ini susulan kehadiran anggota polis daripada Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA).

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sebelum ini, provokasi melampau pekebun yang menceroboh hutan itu pada hari kedua operasi menyebabkan perasaan bimbang menghantui petugas yang terbabit dalam usaha tebang dan musnah tanaman itu.

 

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad, menyifatkan kehadiran lebih ramai anggota PGA mulai semalam, seolah-olah menyuntik semangat baharu kepada penebang dan petugas lain.

See also  Lelaki tunjuk kemaluan kepada tiga wanita ditahan

 

Beliau difahamkan, seramai 30 anggota PGA menyertai operasi itu mulai semalam dan hari ini seramai 30 lagi turut sama bergabung menjaga keselamatan petugas yang berada di dalam Hutan Simpan Batu Talam.

Katanya, anggota polis dan PGA turut mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama masuk ke kawasan terbabit, selain kawalan membabitkan jambatan konkrit yang sebelum ini dua kali dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

 

“Saya berharap operasi kini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak dan provokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab tidak berulang lagi.

See also  [Video]Salahguna laluan kecemasan Potong barisan di Lebuhraya Persekutuan

 

“Hari ini juga kita menambah lebih 30 kakitangan JPNP daripada beberapa daerah untuk turut sama menyertai operasi musnah, menjadi kira-kira 65 petugas yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan penebang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

 

Nor Azirim yang turut menyertai operasi itu, berkata kehadiran anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) melancarkan lagi aktiviti menebang pokok durian kerana mereka berkemahiran tinggi dan mempunyai lebih kelengkapan.

 

Beliau berkata, pihaknya berharap operasi musnah kebun durian Musang King yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar dapat diselesaikan secepat mungkin lebih awal yang tetapkan sebelum ini.

See also  Bomba berhempas pulas sejam tangkap lelaki kurang siuman mengamuk. Bomba Hero !

 

Sumber: Berita Harian

Oleh: Mohd Rafi Mamat

bhnews@bh.com.my

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kawalan PGA lancarkan operasi tebang, musnah ladang durian haram " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376413
Users Today : 8
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16513
Users Last 30 days : 61902
Users This Month : 3417
Users This Year : 376412
Total Users : 376413
Views Today : 8
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24897
Views Last 30 days : 95526
Views This Month : 5173
Views This Year : 579867
Total views : 579868
Who's Online : 15
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares