Kibar kain merah mohon tampung belanja makanan 60 kucing
PORT DICKSON – Seorang wanita bertindak mengibarkan kain berwarna merah selepas dia tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membeli makanan bagi 60 ekor kucing peliharaanya di Taman Jimah Jaya, Site C, dekat sini.

Wanita berusia dalam anggaran 50-an itu berbuat demikian agar ada pihak yang dapat membantunya memelihara kucing-kucing tersebut atau setidak-tidaknya menderma makanan kucing peliharannya itu.
Seorang jiran, P. Kethiswary Dewi, 31, berkata, dia telah memuat naik kejadian itu di akaun Facebook miliknya sebelum ia tular di media sosial sejak tiga hari lalu.
“Saya lihat jiran berdekatan rumah saya ini mengibarkan ‘bendera’ merah dan saya bertanya tentang apa masalah yang dihadapinya.
“Dia memaklumkan tidak mempunyai pendapatan untuk membeli makanan kucing dan dia akan memberi kucing-kucing itu kepada sesiapa yang mahu memeliharanya. Saya telah memuat naik tentang perkara itu tiga hari lalu dan mula menerima komen positif dan ada rakan di Facebook yang telah menyumbang dana berbentuk makanan kucing untuk diberikan kepada wanita itu,” katanya semalam.
Kethiswary Dewi juga memaklumkan, terdapat kenalan Facebook miliknya yang menggunakan aplikasi jualan dalam talian untuk membelikan makanan kucing untuk wanita itu.
“Saya juga tidak sangka ramai yang bermurah hati dan menyumbang kepada wanita itu,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kibar kain merah mohon tampung belanja makanan 60 kucing " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.