Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) antara 3 ditahan berkait rasuah lebih RM27 juta

Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) antara 3 ditahan berkait rasuah lebih RM27 juta

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Dua lagi yang ditahan bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun.

See also  AMARAN hujan lebat RIBUT PETIR melanda 6 negeri⛈⛈⛈

 

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga mereka ditahan antara 4.25 petang dan 6.30 petang, semalam selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan.

 

SPRM memperoleh perintah tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap ketiga-tiga mereka.

 

Difahamkan, siasatan lanjut dilakukan atas dakwaan pembabitan mereka dalam rasuah daripada sebuah syarikat untuk mendapatkan projek dan kerja daripada AKSB, yang juga anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

See also  Mangsa banjir di PPS Kelantan terus meningkat

 

Menurut sumber, kes berkenaan adalah antara kes berprofil tinggi yang membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan, dan siasatan lanjut mengenainya akan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

 

Sumber: Harian Metro

See also  Fenomena 'Musim sejuk' di Malaysia berlanjutan hingga Februari 2023
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) antara 3 ditahan berkait rasuah lebih RM27 juta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376296
Users Today : 1830
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16396
Users Last 30 days : 61785
Users This Month : 3300
Users This Year : 376295
Total Users : 376296
Views Today : 2729
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24730
Views Last 30 days : 95359
Views This Month : 5006
Views This Year : 579700
Total views : 579701
Who's Online : 12
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares