Berlaku lagi kejadian, ‘sapu bersih’ rak food bank. Kesian orang lain

Berlaku lagi kejadian, ‘sapu bersih’ rak food bank. Kesian orang lain

 

NIAT murni sebuah stesen minyak di Petaling Jaya, Selangor mewujudkan food bank atau gerobok makanan bagi meringankan beban golongan terjejas bertukar kekecewaan dek perbuatan tamak segelintir individu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Baru-baru ini tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan sikap sekumpulan individu yang ‘sapu habis’ barangan asas disediakan di rak food bank.

 

Menerusi video itu kelihatan empat individu yang menaiki sebuah kenderaan jenis Proton Wira berwarna merah berhenti di depan stesen minyak.

 

See also  Video✓✓Kereta milik pemandu langgar lari penunggang basikal disita

Tanpa segan-silu mereka terus mengambil himpunan makanan sehingga tidak menghiraukan kehadiran seorang lelaki yang berdiri di belakang rak berkenaan.

 

Lebih mengecewakan rak food bank ditinggalkan dalam keadaan kosong.

 

Perbuatan mereka ‘menyerang’ food bank mengundang kecaman warga maya yang terkilan dengan sikap tamak tanpa memikirkan orang lain.

 

– “Yang ini benar-benar ambil kesempatan tak memikirkan orang lain. Kalau di sini beri bantuan diletakkan dalam peket satu keluarga dibenarkan ambil satu, baru adil.”

 

– “Orang lain yang juga memerlukan barang bantuan datang kemudian gigit jari.”

See also  Video@Mungkin tersampuk perangai kucing atau anjing

 

Malah, ada yang mencadangkan supaya kumpulan itu dikenakan tindakan kerana dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) menaiki kenderaan melebihi kapasiti ditetapkan di bawah kategori Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

 

– “Walaupun tak salah dari undang- undang ambil makanan itu tapi salah dari etika. Apa pun, harap pihak berkuasa ambil tindakan pada mereka bukan kerana ambil barang tapi ramai dalam satu kereta.”

– “Boleh jalankan siasatan, satu kenderaan empat orang. Langgar SOP PKPD. Jika dapati bersalah mohon ambil tindakan. Orang lain ramai yang kena kompaun mengapa individu ini mesti terlepas?

See also  Video✓✓berang Kerap membrek, lelaki emosi bertindak tendang kereta dipandu wanita

 

Diharapkan perkara seperti ini tidak berulang lagi. Walaupun sedang dihimpit kesusahan sekurang-kurangnya kita mengambil makanan mengikut keperluan supaya memberi peluang kepada orang lain. – Sinar

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Berlaku lagi kejadian, ‘sapu bersih’ rak food bank. Kesian orang lain " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367173
Users Today : 2085
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11805
Users Last 30 days : 64152
Users This Month : 56191
Users This Year : 367172
Total Users : 367173
Views Today : 3119
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18015
Views Last 30 days : 99156
Views This Month : 86957
Views This Year : 566023
Total views : 566024
Who's Online : 24
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares