Budak nekad panjat bumbung, kibar bendera putih bantu nenek

Budak nekad panjat bumbung, kibar bendera putih bantu nenek

Kempen bendera putih yang diuar-uarkan kepada orang ramai yang memerlukan ketika waktu sukar ini merupakan salah satu inisiatif yang dibuat oleh rakyat bagi memastikan semua pihak tidak dalam kesusahan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jadi, pelbagai kisah sedih telah dimuat naik di media sosial apabila mendengar mereka yangmengibarkan bendera putih ini susulan sudah buntu untuk mencari sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan.

 

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang aktivis kemasyarakatan dan juga pengguna TikTok dikenali sebagai @salwaaidin, dia telah memuat naik video yang dirakam tanpa sengaja gelagat seorang kanak-kanak yang memanjat balkoni rumah demi mengibarkan bendera putih.

See also  Tentera boleh buat tangkapan Kuala Lumpur: Perdana Menteri

@salwanaidin

 

Allah pertemukan kami dengan adik ni. Bersungguh dia kibar bendera putih demi keluarga kecilnya. Allahu ???? #benderaputih #pkp #malaysia #fyp

 

♬ SurgaMu – UNGU

 

Dapat dilihat aksi berbahaya itu dilakukan di luar tingkap kawasan pangsapuri PPR. Tanpa berlengah, pihak @salwanaidin segera ke kediaman kanak-kanak tersebut.

 

Menurutnya, kanak-kanak tersebut tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi, neneknya hanya berniaga kuih-muih untuk menampung perbelanjaan, namun tidak dapat melakukan pekerjaan itu lagi disebabkan pandemik.

See also  Kibar bendera kerana darurat diharuskan dalam Islam

 

Bil air, elektrik dan sewa rumah juga sudah berbulan tidak mampu dibayar, manakala bekalan makanan sudah terputus.

 

Kehadiran badan bukan kerajaan (NGO) memberikan sumbangan kepada mereka sedikit melegakan keluarga kecil ini.

Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat semakin ramai yang mengalami kesukaran hidup memadangkan PKP terus berlanjutan.

See also  Wanita tular masuk Islam semakin sembuh COVID-19

 

Mereka juga berdoa agar ahli keluarga berkenaan terus kuat dan tabah menghadapi ujian yang berat ini.

 

Sumber: TikTok @salwanaidin

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Budak nekad panjat bumbung, kibar bendera putih bantu nenek " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156735
Users Today : 576
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23390
Users Last 30 days : 78821
Users This Month : 50460
Users This Year : 156734
Total Users : 156735
Views Today : 1046
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35459
Views Last 30 days : 121396
Views This Month : 77597
Views This Year : 239987
Total views : 239988
Who's Online : 7
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares