Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Sedia Zon Bencana Tampung Kes COVID-19

HATTM sedia ‘wad sementara’ tampung pesakit Covid-19

 

Kuala Lumpur: Ruang parkir Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), di sini, bertukar menjadi ‘wad sementara’ bagi menampung pesakit Covid-19 kategori empat dan lima yang semakin meningkat di Lembah Klang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ruang parkir bawah itu sememangnya ruang yang digazetkan sebagai Zon Pengurusan Bencana (DMZ) yang direka khas ketika awal pembinaan hospital itu bagi menghadapi kes bencana kimia dan biologi.

See also  Ini sebabnya Serangan Jantung kerap berlaku diawal pagi

 

“Ia juga disokong dengan faktor kemudahan sedia ada yang terbina di kawasan berkenaan dari aspek bekalan kuasa elektrik, bekalan oksigen, vacuum ports dan bantuan sokongan perubatan yang mampu mengendalikan pesakit dengan kapasiti yang bersesuaian.

“DMZ berkeupayaan menyediakan 50 katil tambahan diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Memerintah HATM, Brigedier Jeneral Datuk Dr Rosman Ab Rahman dan Lt Kol Dr Mohamad Azlan Arrifin sebagai Komander Operasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

See also  27 Julai 2021:Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 16,117 kes

Menurutnya, persiapan DMZ yang siap sepenuhnya pada semalam turut dibantu Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Ia akan beroperasi sepenuhnya untuk menerima pesakit Covid-19 bagi kategori empat dan lima hari ini,” katanya yang turut membuat lawatan ke lokasi hari ini.

Beliau diiringi Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh ketika lawatan ke HATTM, hari ini.

See also  Nak kuat hingga menyebabkan alat kelamin rosak kekal
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Sedia Zon Bencana Tampung Kes COVID-19 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156045
Users Today : 835
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24440
Users Last 30 days : 79869
Users This Month : 49770
Users This Year : 156044
Total Users : 156045
Views Today : 1444
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36956
Views Last 30 days : 122998
Views This Month : 76275
Views This Year : 238665
Total views : 238666
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares