Polis siasat video tular penguat kuasa aniaya Aniaya anjing

Polis siasat video tular penguat kuasa aniaya haiwan

Tangkap layar video memaparkan penguat kuasa kerajaan tempatan didakwa berlaku kejam ketika operasi menghapuskan anjing liar di kawasan perumahan Taman Tiram, Kulim. Gambar kecil: Kamarul Zaman Mamat

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

ALOR SETAR – Satu kertas siasatan dibuka berhubung video tular di media sosial mengatakan berlaku penganiayaan semasa operasi menghapuskan anjing liar dilakukan oleh penguat kuasa kerajaan tempatan.

 

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, video berkaitan kejadian menangkap dan melupuskan anjing liar di kawasan perumahan Taman Tiram, Kulim telah tular di media sosial.

See also  Polis tumpaskan Geng Arvind, aktif menyamun sekitar Kulim

 

Kamarul Zaman berkata, pihaknya menerima dua laporan polis yang menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan kakitangan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

 

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan seekor haiwan.

See also  Saat pilu petugas di SJR terpaksa berpisah dengan 'Si Kilat'

 

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

 

Kamarul Zaman berkata, siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti undang- undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai dalam tindakan bagi melupus haiwan liar yang berkeliaran.

 

Dalam perkembangan sama, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan video tersebut yang mana boleh menimbulkan kegusaran serta kebimbangan masyarakat berhubung tindakan pihak MPKK.

See also  {Videoo} Harimau kumbang masuk perangkap lagi di Kuala Pilah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat video tular penguat kuasa aniaya Aniaya anjing " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156715
Users Today : 556
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23370
Users Last 30 days : 78801
Users This Month : 50440
Users This Year : 156714
Total Users : 156715
Views Today : 998
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35411
Views Last 30 days : 121348
Views This Month : 77549
Views This Year : 239939
Total views : 239940
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares