Video Kejadian ragut itu di Los Angeles

Video Kejadian ragut itu di Los Angeles.

 

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

10 JUL 2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

GEORGETOWN – Polis menafikan kejadian ragut beg tangan seorang wanita di sebuah pasar raya berlaku di daerah Timur Laut di sini seperti yang ditularkan di media sosial sejak Jumaat.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, satu klip video yang diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pasar raya itu tular dan didakwa berlaku di salah sebuah pasar raya di daerah ini.

 

 

Menurut beliau, selepas siasatan dijalankan kejadian bukan berlaku di sini sebaliknya di Pasaraya Dataran Quantong di San Gabriel, Los Angeles.

See also  CCTV✓✓Wanita diragut ketika hendak ke hospital

 

“Sejak semalam, tular satu klip video rakaman CCTV sebuah pasar raya yang dikatakan berada di daerah Timur Laut.

 

Rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian hitam telah bertindak agresif dengan menarik beg tangan seorang wanita yang juga pelanggan di pasar raya tersebut.

 

“Hasil semakan, kejadian tersebut berlaku di Pasaraya Dataran Quantong di San Gabriel, Los Angeles dan bukannya di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

 

Sehubungan itu, Soffian menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang video atau maklumat yang belum dapat dipastikan kesahihannya.

See also  Peragut Miliki methaphetamine dilanggar suami mangsa

 

“Orang ramai boleh mengambil iktibar dan panduan daripada kejadian berkenaan untuk terus berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan persekitaran supaya tidak memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah,” katanya.

 

Sejak Jumaat, tular satu klip video di media sosial yang menunjukkan seorang wanita terjatuh ketika berada di kaunter pembayaran sebuah pasar raya selepas beg tangannya diragut seorang lelaki.

 

Susulan penularan klip video tersebut, ada beberapa pihak yang mendakwa lokasi kejadian adalah di sebuah pasar raya yang terletak di daerah Timur Laut di sini.

See also  Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri

 

Klip video tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet yang mana ada antara mereka mengaitkan kesempitan hidup antara punca kepada kejadian berkenaan.

#sinarharian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video Kejadian ragut itu di Los Angeles " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363679
Users Today : 298
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10574
Users Last 30 days : 66029
Users This Month : 52697
Users This Year : 363678
Total Users : 363679
Views Today : 389
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16315
Views Last 30 days : 101855
Views This Month : 81654
Views This Year : 560720
Total views : 560721
Who's Online : 17
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares