COVID-19: Kes turun seminggu, dua minggu lagi

COVID-19: Kes turun seminggu, dua minggu lagi

KUALA LUMPUR: Penurunan jangkitan kes harian COVID-19 di negara ini dijangka dapat dilihat dalam tempoh terdekat sama ada seminggu atau dua minggu lagi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes sejak kebelakangan ini sudah dijangka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang dan tindakan saringan secara besar-besaran.

 

“Dengan pengawalan yang baik, kita akan lihat hasilnya seminggu atau dua minggu lagi, baru kes akan nampak penurunan.

 

“Pada masa sama, program vaksinasi perlu dipertingkatkan. Sebanyak empat juta dos vaksin sudah diberikan kepada Selangor dan Kuala Lumpur juga sudah mencapai tahap vaksinasi amat memuaskan.

See also  Warga emas jalani kuarantin mati dalam rumah positif COVID-19

 

“Ini boleh bendung penularan di Lembah Klang,” katanya ketika diundang sebagai panel program ‘The Nation’ bertajuk ‘COVID-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita’ yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV malam ini.

 

Dr Noor Hisham berkata, situasi sama berlaku ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini yang turut mencatatkan lonjakan kes.

 

“Kalau lihat kepada PKP 2.0 dan PKP 3.0, PKP 2.0 yang dilaksanakan pada 13 Januari, kes melonjak sehingga 5,725 pada 30 Januari iaitu lebih kurang dua minggu.

 

“Barulah (kemudian) kita lihat ada penurunan kes. Begitu juga pada 12 Mei, kita buat PKP 3.0, kes melonjak pada 29 Mei iaitu 9,020 kes.

See also  VIDEO✓✓Polis siasat insiden video tular menunjukkan warga asing solat Aidiladha pekarangan di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang

 

“Selepas itu kes mula menurun, jadi sekarang ini kita jangka kes akan meningkat kembali kerana usaha pengesanan komuniti giat dijalankan iaitu saringan secara besar-besaran ,” katanya.

 

Beliau berkata, berikutan situasi COVID-19 yang berlanjutan negara terpaksa mengimbangkan di antara faktor ekonomi dan kesihatan.

 

“Kalau kita lihat pelaksanaan PKP pada 18 Mac ia dibuat dengan amat ketat hingga negeri yang tiada kes pun tertakluk kepada PKP, contohnya Perlis dan Sarawak.

 

“Sekarang kita lakukan secara lebih bersasar kepada negeri yang mempunyai risiko tinggi, tetapi negeri yang tiada risiko tetap dikawal sempadan supaya kes jangkitan tidak masuk.

See also  30 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 16,840

 

“Apabila (kes) berpanjangan, kita cuba mengimbangkan ekonomi dan kesihatan, tetapi ia memakan masa yang lama,” katanya.

 

Katanya, situasi itu menyebabkan tekanan khususnya pihak petugas kesihatan kerana tidak dapat mencapai imbangan yang terbaik.

 

“Itu yang mungkin perlu kita lihat bagaimana boleh dijalankan tindakan bersasar,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " COVID-19: Kes turun seminggu, dua minggu lagi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372034
Users Today : 649
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15346
Users Last 30 days : 64469
Users This Month : 61052
Users This Year : 372033
Total Users : 372034
Views Today : 964
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22990
Views Last 30 days : 99316
Views This Month : 94102
Views This Year : 573168
Total views : 573169
Who's Online : 13
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares