MBSP TEGUR LELAKI MENERUSI CCTV – “PEMILIK PROTON WIRA, ANDA TELAH BUANG SAMPAH DI LUAR TONG, SILA AMBIL SEMULA”

MBSP TEGUR LELAKI MENERUSI CCTV – “PEMILIK PROTON WIRA, ANDA TELAH BUANG SAMPAH DI LUAR TONG, SILA AMBIL SEMULA”

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Baru-baru ini tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki tidak bertanggungjawab dengan sengaja meletakkan bungkusan sampah di luar tong sampah yang disediakan.

 

Namun begitu, tindakan lelaki tersebut mendapat teguran serta-merta oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang memantau gerak-geri menerusi CCTV yang dipasang di kawasan tersebut.

 

“Salam sejahtera. Ini unit kawalan CCTV MBSP. Perhatian kepada pemilik kenderaan Proton Wira, nombor pendaftaran xxx berwarna maroon (merah hati).

See also  Remaja motosikal bising maki hamun Ketua kampung ditahan Polis

 

“Anda telah membuang sampah di luar tong sampah MBSP. Anda diminta mengambil kembali sampah tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.

 

“Sekiranya anda tidak mengambil sampah tersebut tindakan penguatkuasaan akan diambil melalui CCTV. Sekian terima kasih,” tegur pegawai MBSP yang bertugas di unit CCTV.

 

Sebaik sahaja mendengar suara pegawai itu individu berkenaaan segera mengambil sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

See also  [Video]Maki hamun Penguatkuasa kerana kompaun parkir OKU

 

Langkah dilakukan oleh pihak MBSP mendapat pujian warga maya yang menyifatkan mendidik dan menasihati terlebih dahulu bukannya terus menghukum.

 

Disamping itu, terdapat beberapa rakaman yang menegur kesalahan-kesalahan pengguna jalan raya terutama kenderaan yang memarkir kenderaan di petak parkir kenderaan OKU.

Syabas MBSP. Ini yang kita mahukan supaya pengguna-pengguna jalan raya lebih ‘beradap’ dan sopan di mana saja berada.

See also  ERL gantung semua perkhidmatan mulai 3 Jun 2021

 

Sumber: careta.my

Oleh: SALINA JALIL

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " MBSP TEGUR LELAKI MENERUSI CCTV - “PEMILIK PROTON WIRA, ANDA TELAH BUANG SAMPAH DI LUAR TONG, SILA AMBIL SEMULA” " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148876
Users Today : 483
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24182
Users Last 30 days : 80274
Users This Month : 42601
Users This Year : 148875
Total Users : 148876
Views Today : 668
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36954
Views Last 30 days : 123170
Views This Month : 65084
Views This Year : 227474
Total views : 227475
Who's Online : 20
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares