Gadis 20 tahun buktikan kekuatan wanita mampu angkat tandan sawit

Gadis 20 tahun buktikan kekuatan wanita mampu angkat tandan sawit

 

Jelebu: Siapa sangka gadis genit berusia 20 tahun yang mempunyai berat badan 40 kilogram mampu membuat kerja di kebun kelapa sawit yang kebiasaan dilakukan oleh orang lelaki.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Nor Syazwani Nor Azman yang juga cucu peneroka Felda Pasoh Empat di sini, membuktikan saiz badan bukan halangan baginya mengangkat dan memunggah buah kelapa sawit.

 

Beliau ditemui ketika membantu bapa saudaranya mengambil upah menuai kelapa sawit di kebun milik penduduk tanah rancangan Felda berkenaan.

See also  Terduduk, pelanggan tempah 500kg nanas maut sebab Covid-19

 

“Saya membantu menyusun pelepah kelapa sawit dan membawa buah ke platform berhampiran jalan, jika ia dekat saya menggunakan besi pengangkat buah kelapa sawit dan sekiranya jauh menggunakan kereta tolak.

 

“Saya mula melakukan pekerjaan ini ketika berumur 15 tahun selepas keadaan ketika itu tidak mengizinkan untuk saya menyambung belajar,” katanya.

 

Nor Syazwani berkata, berikutan tidak mempunyai kelulusan tinggi dalam pelajaran, dia tekad melakukan kerja di kebun yang kebiasaan dilakukan oleh orang lelaki.

 

Katanya, dia memperoleh upah sekitar RM400 sebulan dan menggunakan duit itu bagi keperluan sendiri.

See also  Video Mendebarkan Saat Bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri

 

Menurutnya, tiada makanan istimewa seperti vitamin tambahan diambil sebaliknya makan apa yang dimasak oleh ibunya.

 

Nor Syazwani berkata, biarpun bertubuh badan kecil, kebiasaan dia boleh mengangkat setandan buah kelapa sawit yang dianggarkan seberat 25 kilogram.

 

“Selain membuat kerja pemunggahan buah kelapa sawit, saya juga sedang belajar menuai daripada bapa saudara dan mahu menjadi sebahagian kemahiran jika bekerja di ladang.

“Sakit-sakit badan selepas bekerja di ladang adalah normal dan kebiasaan saya meminta ibu mengurut badan supaya segar semula,” katanya.

See also  WANITA 7 ANAK GIGIH BANTU SUAMI

 

Jika tidak ke kebun dia akan mengikut bapanya, Khairul Mohd

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Gadis 20 tahun buktikan kekuatan wanita mampu angkat tandan sawit " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

362997
Users Today : 1136
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9892
Users Last 30 days : 65347
Users This Month : 52015
Users This Year : 362996
Total Users : 362997
Views Today : 1793
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15370
Views Last 30 days : 100910
Views This Month : 80709
Views This Year : 559775
Total views : 559776
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares