JKM sita Rumah Bonda PDRM siasat kes Bella

JKM sita Rumah Bonda

 

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR

12 Julai 2021, 8:45 pm

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PETALING JAYA – Rumah kebajikan yang dikaitkan dengan kes penderaan anak istimewa kelainan upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella iaitu Rumah Bonda disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh berkata, tindakan sita tersebut diambil setelah pihaknya mendapat Rumah Bonda tidak berdaftar dengan JKM.

 

“Kita telah ambil langkah proaktif yang mana kita mendapati Rumah Bonda ini telah melakukan pelanggaran syarat dalam menentukan premis pengoperasian sebagai sebuah pusat jagaan.

See also  {Rakaman video} Gaduh di PPR Batu Muda, 14 ditahan

 

“Tindakan sita ini kekal sehinggalah adanya perintah mahkamah untuk membukanya semula,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

 

Mengulas lanjut, Che Samsuzuki berkata, sekiranya Rumah Bonda mahu meneruskan operasi, mereka harus mendapatkan kelulusan daripada bomba, Kementerian Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan sebelum permohonan untuk beroperasi dibuat dengan JKM.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, kes berkaitan Bella diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

See also  JKM Perlis mohon ibu atau waris kanak-kanak ini tampil segera

 

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, kesemua penghuni di Rumah Bonda telah dipindahkan sepenuhnya dan diletakkan dibawah jagaan dan seliaan JKM.

 

“Tengah hari tadi Pengarah dan juga beberapa Pegawai Penguatkuasa JKM Kuala Lumpur telahpun menyita rumah Bonda.

 

“Rumah Bonda telah menjalankan operasi tanpa kebenaran dan tidak didaftarkan di bawah peruntukkan Akta Pusat Jagaan 1993. Pihak Kementerian memandang serius perkara ini dan mana-mana pusat jagaan yang tidak berdaftar akan dikenakan tindakan yang sama,” katanya. – K! ONLINE

See also  {Video} Polis berkas empat lelaki rusuh bersenjata
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " JKM sita Rumah Bonda PDRM siasat kes Bella " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370563
Users Today : 2326
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14744
Users Last 30 days : 65969
Users This Month : 59581
Users This Year : 370562
Total Users : 370563
Views Today : 3244
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 22014
Views Last 30 days : 101624
Views This Month : 91791
Views This Year : 570857
Total views : 570858
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares