Masjid, surau diharap patuhi garis panduan penggunaan pembesar suara bagi jaga keharmonian

Masjid, surau diharap patuhi garis panduan penggunaan pembesar suara bagi jaga keharmonian

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

am@hmetro.com.my

MASJID di Taman Pengkalan Jaya, Jalan Pasir Puteh yang diconteng dengan cat bewarna merah tertera tulisan ‘Jangan buka bunyi terlalu kuat’. FOTO Ihsan pembaca

 

Ipoh: Semua masjid dan surau di Perak dikehendaki mematuhi garis panduan berhubung penggunaan pembesar suara yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) bagi keharmonian semua pihak termasuk membabitkan hubungan antara kaum serta agama.

 

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pengurusan rumah ibadat berkenaan seharusnya memikirkan bagi mencari keharmonian dengan semua pihak serta tidak sesekali mencetuskan isu yang dapat menjerumus kepada perkara buruk sama ada dalam hubungan antara sesama Muslim mahupun bukan Muslim.

See also  TIADA LAGI PENJUALAN ARAK DI KEDAI RUNCIT DI KUALA LUMPUR

 

“JAIPk sudah keluarkan garis panduan kepada masjid-masjid mengenai tatacara penggunaan pembesar suara. Jadi saya harap pihak masjid kena patuhilah garis panduan itu.

 

“Contoh, berdasarkan garis panduan itu, sesi kuliah ilmu atau ceramah yang dilaksanakan di dewan utama masjid disarankan untuk menggunakan pembesar suara bahagian dalam sahaja. Kenapa pula kita nak jadikan ceramah itu sampai dengar keliling satu kampung?

 

“(Dalam garis panduan itu) ada waktu yang pembesar suara harus dikuatkan seperti sewaktu azan untuk panggil orang ke masjid. Tetapi sebagai contoh, jika ia ceramah atau sesi kuliah, sepatutnya gunakan pembesar suara dalaman sahajalah,” katanya dihubungi hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gambar tular hari ini, memaparkan dinding pagar sebuah masjid di Taman Pengkalan Jaya, Jalan Pasir Puteh di sini, diconteng cat merah tertera tulisan, ‘Jangan buka bunyi terlalu kuat’.

See also  SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP

 

Mohd Yusop bagaimanapun memaklumkan beliau belum dimaklumkan berkaitan perkara itu justeru enggan mengulas.

 

“Tapi itulah, kita sudah ada garis panduan. Saya nak komen mengenai masjid itu pun, saya tidak pasti lah apa (isu) maksud dia yang masjid itu buka bunyi terlalu kuat?” katanya.

 

Mengikut garis panduan itu, penggunaan pembesar suara bahagian luar dan dalam diharuskan bagi tujuan azan dan iqamah, selain amalan tarhim iaitu membaca atau memperdengarkan al-Quran menggunakan tahap nyaringan (volume) sederhana dalam jangkamasa lima minit sebelum azan.

 

Bagi bacaan imam ketika solat, amalan zikir, dan berdoa selepas solat pula, adalah disarankan untuk menggunakan pembesar suara bahagian dalam masjid sahaja dan begitu juga bagi sesi kuliah yang dilaksanakan dalam dewan utama masjid.

See also  [Video]Mitos turun temurun daging sembelih berbau hamis dan keras menyusahkan tukang sembelih

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian dinding pagar masjid diconteng.

 

“Ada (menerima laporan). Nanti saya bagi (maklumat lanjut),” katanya.

 

Disiarkan pada: July 13, 2021 @ 8:13pm

#UPDATE????????

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Masjid, surau diharap patuhi garis panduan penggunaan pembesar suara bagi jaga keharmonian " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378018
Users Today : 1613
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16157
Users Last 30 days : 61408
Users This Month : 5022
Users This Year : 378017
Total Users : 378018
Views Today : 2168
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24045
Views Last 30 days : 94297
Views This Month : 7333
Views This Year : 582027
Total views : 582028
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares