Polis kesan wanita lolos kawat duri PKPD

Polis kesan wanita lolos kawat duri PKPD

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KOTA KINABALU – Video memaparkan seorang wanita bertindak menyelinap keluar dari dawai berduri yang dipasang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Bandaran Berjaya, di sini, tular sejak pagi Selasa.

 

Video berdurasi 31 saat yang tular melalui aplikasi TikTok itu memaparkan seorang wanita berbaju putih dan berseluar jean menyusup keluar dari celah dawai berduri untuk melarikan diri ke arah bangunan berhampiran.

See also  Penghargaan atas keberanian, Sarjan Mat Shah anggap 'hadiah manis' sebelum bersara

 

Dipercayai video itu dirakam kira-kira jam 8.30 malam Isnin oleh seorang lelaki yang berada di salah sebuah bangunan di dalam kawasan PKPD itu.

 

Kawasan berkenaan adalah antara yang dikenakan PKPD bermula Isnin hingga 25 Julai depan.

 

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas rakaman itu tular di media sosial.

See also  Rakaman mencuri semasa Solat Jamaah

 

Katanya, pihak polis sedang mengesan wanita terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

 

“Kita nasihatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya terus mematuhi undang-undang ditetapkan.

 

“Ia bukan saja membahayakan diri masing-masing tetapi juga boleh dikenakan tindakan tegas kerana melakukan kesalahan melanggar perintah PKPD,” katanya.

See also  Bekas Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman didakwa langgar SOP

 

ASYIKIN ASIMIN

13 Julai 2021

Video Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis kesan wanita lolos kawat duri PKPD " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378309
Users Today : 1904
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16448
Users Last 30 days : 61699
Users This Month : 5313
Users This Year : 378308
Total Users : 378309
Views Today : 2612
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24489
Views Last 30 days : 94741
Views This Month : 7777
Views This Year : 582471
Total views : 582472
Who's Online : 11
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares