[OPERASI MENYELAMAT SEEKOR GAJAH TERKENA JERAT DI SG. RELAI, ARING, GUA MUSANG, KELANTAN]
Satu operasi menyelamat seekor gajah yang terkena jerat di sekitar Ladang Plentiful Gold Class Sdn Bhd, Sg. Relai, Aring, Gua Musang, Kelantan telah dijalankan pada 29 Jun 2021. Operasi menyelamat ini dijalankan susulan aduan oleh pekerja ladang mengenai kehadiran seekor gajah yang cedera pada hari yang sama operasi menyelamat ini dijalankan.

Operasi menyelamat ini melibatkan 12 kakitangan daripada Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan. Pemantauan dan rawatan awal telah dijalankan ke atas gajah tersebut. Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung perkara ini.

#OperasiMenyelamat
#Jerat
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " OPERASI MENYELAMAT SEEKOR GAJAH CEDERA TERKENA JERAT DI SG. RELAI, ARING, GUA MUSANG " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.