Pasangan mahasiswa ini dapat ‘port baik’ bawah jambatan selepas ‘bergelut’ cari line internet nak jawab exam

Pasangan mahasiswa ini dapat ‘port baik’ bawah jambatan selepas ‘bergelut’ cari line internet nak jawab exam! Berdebar nampak polis, sekali makcik yang muncul di tingkap – Viral

‘TAK ada line’ boleh mencetuskan suasana panik ketika tempoh mod pembelajaran terbuka dan jarak (ODL).

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Begitulah yang dialami seorang pemuda yang terpaksa menghadapi peperiksaan akhir dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok, pemuda itu kelihatan menjawab kertas peperiksaan dalam kereta yang diletakkan di bawah jambatan.

 

Pemuda berkenaan, Muhammad Luqman Mohd Nor memberitahu, insiden berlaku pada pagi Ahad lalu ketika menjawab kertas akhir bagi jurusan Kejuruteraan Bioperubatan.

 

Pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor itu berkata, liputan Internet tidak begitu baik untuk mengikuti ODL dari kediaman mereka di Kampung Dusun, dekat pekan Kuala Berang di Terengganu.

 

“Disebabkan line Internet di rumah selalu tak okay, saya dan isteri yang juga pelajar UTM perlu ke pekan Kuala Berang sejauh kira-kira 10 kilometer untuk mencari line bagi mengikuti peperiksaan online dari dalam kereta.

 

“Exam bermula pukul 9 pagi, jadi saya dah bertolak seawal 7 pagi pergi dekat satu padang di pekan sebab kat situ line Internet selalunya okay,” katanya yang berusia 23 tahun kepada mStar.

See also  kabel internet TM putus، Zon utara terjejas

 

Pada hari berkenaan, Luqman berkata, dia ditemani isterinya, juga berusia 23 tahun yang memandu kereta, dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk ke pekan Kuala Berang.

 

Luqman mempunyai pengalaman mengikuti ODL dalam kereta.

 

Bagaimanapun katanya, liputan internet secara tiba-tiba terjejas sehingga menyukarkannya untuk menggunakan platform maya Webex bagi mengikuti peperiksaan.

 

“Masa tu pukul 8.30 pagi, kira-kira setengah sebelum exam nak mula. Nak masuk Webex tak boleh. Jadi kami pusing-pusing sekitar pekan Kuala Berang untuk cari line.

 

“Dah pukul 9 pagi masih tak dapat line, saya terpaksa beritahu pensyarah ada kelewatan sebab nak cari line. Memang nervous masa tu,” katanya yang berasal dari Kuala Terengganu.

 

Disebabkan line internet di rumah selalu tak okay, saya dan isteri perlu ke pekan Kuala Berang sejauh kira-kira 10 kilometer untuk mencari line bagi mengikuti peperiksaan online dari dalam kereta.

 

LUQMAN

 

Menurut Luqman, rangkaian Internet kembali pulih sewaktu isterinya memandu kereta melalui lorong kecil berdekatan sebuah taman rekreasi di pekan.

See also  Tiga pelajar cedera jatuh jambatan ketika mencari internet

 

“Isteri saya berhenti tepi lorong untuk saya mulakan exam, masa tu dah pukul 9.15 pagi. Saya jawab exam atas meja lipat yang diletakkan atas riba, dari tempat duduk penumpang hadapan.

 

“Saya guna telefon untuk Webex sebab boleh cas dalam kereta, tapi standby dengan laptop. Saya jawab pada kertas jawapan yang kemudian scan sebelukm dihantar kepada pensyarah.

 

“Bila dah selesai jawab exam tu saya rasa lega teramat sangat, Alhamdulillah,” katanya yang menduduki peperiksaan bagi subjek System Modelling and Analysis selama kira-kira tiga jam.

 

Hasanah turut mengikuti kelas dalam talian.

 

Sementara itu, isteri Luqman iaitu Nur Hasanah Sariddon pula berkata, sepanjang tempoh kira-kira tiga jam itu juga dia setia menemani suaminya.

 

“Pengalaman kami dalam kereta bawah jambatan tu memang mendebarkan sebab ada kereta peronda polis lalu, mujur tak berhenti tanya. Tapi kami ada alasan suami tengah jawab exam.

 

“Tapi paling kelakar apabila ada makcik cleaner yang kutip sampah di kawasan sekitar. Kawasan tu agak sunyi dan makcik tu tengok-tengok kereta kami dari jauh,” katanya.

See also  Kerana internet yang lemah, ayah mendirikan 'bilik darjah' anak perempuan di atas bukit

 

Luqman (kanan) dan Hasanah ke pekan Kuala Berang untuk mencari rangkaian Internet yang baik.

 

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer itu berkata, pekerja pembersihan itu kemudian secara tiba-tiba muncul di tepi kereta mereka yang diparkir di bawah jambatan.

 

“Terkejut saya bila makcik tu tiba-tiba muncul tepi tingkap kereta. Mungkin cermin kereta kami sedikit gelap membuatkan makcik tu datang dekat nak tahu apa yang kami buat.

 

“Agaknya mesti dia tertanya-tanya dari jauh apa yang kami buat. Yelah, tentu pelik nampak berdua-duaan dalam kereta kat tempat sunyi, orang luar boleh fikir yang bukan-bukan.

 

“Tapi itulah pengalaman ODL ni, cabaran kami cari line sampai pusing-pusing satu pekan,” ujar Hasanah secara berseloroh.

Kredit-mystar

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pasangan mahasiswa ini dapat ‘port baik’ bawah jambatan selepas ‘bergelut’ cari line internet nak jawab exam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367083
Users Today : 1995
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11715
Users Last 30 days : 64062
Users This Month : 56101
Users This Year : 367082
Total Users : 367083
Views Today : 2976
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17872
Views Last 30 days : 99013
Views This Month : 86814
Views This Year : 565880
Total views : 565881
Who's Online : 5
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares