Tujuh suspek kes bertumbuk Pasir Tumboh direman tiga hari

Tujuh suspek kes bertumbuk Pasir Tumboh direman tiga hari

 

KOTA BHARU – Tujuh individu termasuk tiga wanita direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang buruh dipukul beramai-­ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Perintah reman sehingga Sabtu itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Rusli Ahmad di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 46 tahun itu ditahan reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Ke­seksaan kerana merusuh.

See also  Seorang daripada dua suspek menaiki proton waja MAS 175 diberkas polis

 

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, membunyikan hon dan saling ejek-mengejek dipercayai menjadi punca seorang buruh dipukul beramai-­ramai dalam kejadian itu kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 30 tahun sedang berjalan kaki pulang dari tempat kerjanya di Lundang di sini.

See also  [VIDEO] Pokok keladi depan masjid pun kena rembat

Lelaki itu didatangi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki dan tiga orang penumpang wanita yang membunyikan hon terhadapnya apabila tiba di lokasi tersebut.

Berlaku pertengkaran dan ejek-mengejek antara mereka sebelum mangsa dipercayai telah menendang bahagian depan kereta suspek.

Insiden itu menyebabkan mangsa dibelasah orang pemandu MPV jenis Perodua Alza, penumpang wanita dan beberapa individu yang berada di lokasi kejadian. – K! ONLINE

See also  Rakyat di Kelantan diminta patuh SOP kurangkan bersosial jika tak mahu PKPB disambung
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tujuh suspek kes bertumbuk Pasir Tumboh direman tiga hari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124504
Users Today : 3927
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22176
Users Last 30 days : 69849
Users This Month : 18229
Users This Year : 124503
Total Users : 124504
Views Today : 5933
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33712
Views Last 30 days : 108416
Views This Month : 27825
Views This Year : 190215
Total views : 190216
Who's Online : 14
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares