PDRM siasat tiga sekeluarga pura-pura minum racun

PDRM siasat tiga sekeluarga pura-pura minum racun

Perkara sebegini tidak boleh dibuat main. Bimbang memberi idea kepada mereka yang betul-betul sedang mengalami kemurungan atau tekanan perasaan.

 

15 Julai 2021

 

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung penularan klip video di media sosial memaparkan tiga sekeluarga yang berpura-pura meminum racun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, klip video berdurasi 16 minit 3 saat itu menunjukkan tiga sekeluarga meminum racun kerana masalah kemurungan.

“Individu di dalam video tersebut mempertikaikan usaha dan menggesa kerajaan mengambil tindakan drastik dalam menangani isu pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan kemurungan dalam kalangan rakyat sekali gus menyumbang kepada kes bunuh diri di negara.

See also  Rakaman Kes gaduh Pasar Borong KL berpunca isu tolak bakul sayur – Polis

 

“Pada minit ke 11.15 hingga 11.25 dalam video itu menunjukkan suspek mengakui tindakannya itu merupakan ‘role play’ dan cecair diminumnya bukan racun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa susulan insiden itu.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588).

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya,” jelasnya.

See also  Anggota bomba diserang dari belakang selepas didakwa lewat tiba memadamkan kebakaran

 

Tegasnya, tindakan menularkan perlakuan bunuh diri di media sosial boleh mengundang kepada ‘Copycat Suicide’ bagi mereka yang berisiko seperti dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“PDRM menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu semasa yang bersifat sensitif.

“Polis turut menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara, malah tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” ujarnya.

See also  Sindiket Macau Scam guna portal MyEG, JPJ dan SPR cungkil maklumat mangsa, 22 ditahan

Terdahulu, media melaporkan, polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan berhubung video tindakan seorang lelaki yang mendakwa telah memberi minuman racun kepada anak, isteri dan dirinya sendiri yang tular di media sosial baru-baru ini. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PDRM siasat tiga sekeluarga pura-pura minum racun " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156031
Users Today : 821
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24426
Users Last 30 days : 79855
Users This Month : 49756
Users This Year : 156030
Total Users : 156031
Views Today : 1399
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36911
Views Last 30 days : 122953
Views This Month : 76230
Views This Year : 238620
Total views : 238621
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares