Pencuri kabel TNB maut terkena renjatan elektrik

Pencuri kabel TNB maut terkena renjatan elektrik

 

SUBANG JAYA – Seorang lelaki maut kerana melecur hampir 60 peratus pada badan akibat terkena renjatan elektrik ketika hendak mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam sebuah kilang di Batu Tiga, Shah Alam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditemui masih bernyawa oleh jurutera TNB yang membuat lawatan di pencawang tersebut susulan terdapat aduan gangguan bekalan elektrik di lokasi itu.

See also  DashCam✓✓Dakwaan pemandu mabuk rempuh empat kenderaan disiasat

 

Menurutnya, kilang tersebut tidak beroperasi semasa kejadian dan suspek memecah masuk dengan memotong pagar disyaki untuk mencuri kabel namun terkena renjatan elektrik lalu menyebabkan kerosakan fius dan kabel hingga kerugian mencecah RM60,000.

 

“Pada 12 Julai (Isnin) sekitar jam 8.55 malam, pihak hospital mengesahkan suspek meninggal dunia semasa menerima rawatan disebabkan ‘second degree burn’ hampir 60 peratus dan disahkan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

See also  Kanak-kanak OKU autisma maut terkurung 3 jam dalam van

 

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah harta benda dan tujuh kesalahan berkaitan dadah.

13 Jul 2021

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL

Video/gambar: Media sosial

See also  2.9 juta pengguna TNB dapat diskaun 40 peratus

 

#SinarHarian

#infosemasa

@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pencuri kabel TNB maut terkena renjatan elektrik " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148867
Users Today : 474
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24173
Users Last 30 days : 80265
Users This Month : 42592
Users This Year : 148866
Total Users : 148867
Views Today : 656
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36942
Views Last 30 days : 123158
Views This Month : 65072
Views This Year : 227462
Total views : 227463
Who's Online : 17
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares