Video✓✓ Lelaki Conteng Dinding Istana dan Tumbuk Polis Wanita


Suspek conteng dinding istana, tumbuk polis maut kemalangan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

ALOR SETAR – Suspek yang menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit dan menumbuk seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar maut selepas terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani dalam usaha melarikan diri selepas diekori polis pada Khamis.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berkenaan dipercayai terlibat di dalam kedua-dua kejadian ini.

Dinding tembok Istana Anak Bukit, Alor Setar yang diconteng suspek dengan perkataan ‘SAMR’ pada petang Khamis. FOTO PDRM KEDAH

 

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu telah membuat perbuatan khianat dengan menconteng di bahagian tembok dinding Istana Anak Bukit dengan tulisan ‘SAMR’ pada jam 3 petang Khamis.

See also  {Video} Polis panggil Datuk Seri beri keterangan kes tular

“Siasatan juga mendapati suspek menggunakan motosikal berwarna hitam. Ekoran dari kejadian tersebut, pasukan operasi telah memulakan operasi mengesan suspek.

 

“Seterusnya pada jam lebih kurang 5.00 petang, suspek tersebut dipercayai telah pergi ke IPD Kota Setar dan menumbuk seorang anggota polis yang sedang bertugas.

“Beliau turut membaling sebuah objek disyaki pistol mainan lalu melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal warna hitam. Anggota polis tersebut telah mengalami kecederaan di bahagian muka,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, usaha mengesan suspek diteruskan dan polis telah menjumpainya di kawasan Gurun, di Sungai Petani dan lelaki itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

See also  VIDEO] Pemandu lori sondol King positif dadah

 

“Pasukan polis terus mengekori suspek dan telah memberi amaran untuk berhenti namun dia tidak berhenti dan terus melarikan diri.

“Semasa dalam usaha melarikan diri, motosikal yang ditunggang laju oleh suspek telah terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani dan telah mengalami kecederaan.

 

“Polis telah menghubungi hospital untuk mendapatkan bantuan ambulan. Apabila ambulan sampai, pegawai perubatan yang bertugas telah mengesahkan suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

See also  Cara mudah buat aduan trafik @JSPT Polis Diraja Malaysia

 

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 memiliki senjata tiruan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓ Lelaki Conteng Dinding Istana dan Tumbuk Polis Wanita " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363704
Users Today : 323
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10599
Users Last 30 days : 66054
Users This Month : 52722
Users This Year : 363703
Total Users : 363704
Views Today : 423
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16349
Views Last 30 days : 101889
Views This Month : 81688
Views This Year : 560754
Total views : 560755
Who's Online : 16
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares