VIDEO✓✓ Mujur sempat, emak sudah amanahkan beli beras itu

‘Mujur sempat, emak sudah amanahkan beli beras itu’

 

Banting: “Ketika itu, saya hanya terfikir untuk selamatkan beras saja, jika ia terbakar tak tahu apa jadi kerana bekalan di rumah sudah habis,” kata penjaga lembu Muhammad Arif Mohamad Ngatli.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kisah Muhammad Arif, 21, yang menetap di Taman Changgang Jaya, Bukit Changgang, di sini, mendapat perhatian netizen selepas tular video dimuat naik pengguna dikenali Reffi di TikTok.

 

Video itu menunjukkan sebuah motosikal tiba-tiba terbakar sebaik Muhammad Arif cuba menghidupkan enjinnya.

 

Lebih mengundang hiba apabila pemuda yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu dilihat tidak sempat berbuat apa-apa kecuali mengambil beras dalam raga motosikal.

 

Bercerita lanjut, Muhammad Arif berkata, kejadian itu berlaku kira-kira seminggu yang lalu ketika dia baru selesai membeli beras di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

See also  Dua PGA hilang disahkan mati akibat rempuhan kepala air

 

“Saya ke kedai itu kira-kira 12 tengah hari dan dalam perjalanan, motosikal itu tidak meragam.

 

“Entah kenapa, motosikal itu terbakar dengan tiba-tiba sebaik enjin dihidupkan ketika saya mahu bergerak pulang ke rumah.

 

“Terkejut juga melihat api marak dan ketika itu, saya terpandang beras di dalam raga dan segera mengambilnya.

 

“Mujur sempat kerana risau juga jika pulang ke rumah dengan tangan kosong kerana emak sudah amanahkan saya beli beras itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

 

Menurut Muhammad Arif, hanya bahagian hadapan motosikal yang terbakar.

 

Katanya, sebaik api dapat dipadamkan, penduduk yang ada di situ membantunya menolak motosikal itu sehingga sampai ke rumah.

See also  Tahniah PDRM 17 ahli sindiket Macau Scam diberkas

 

“Motosikal itu adalah kepunyaan ayah (Mohamad Ngatil Selamat, 59) tetapi saya sering menggunakannya untuk ke ladang, kebun dan bergerak di sekitar taman.

 

“Kiranya, motosikal itu adalah kenderaan harian saya dan selepas kejadian itu, ia masih boleh digunakan lagi cuma tidak berfungsi dengan baik seperti sebelum ini.

 

“Sedih juga kerana ia satu-satunya motosikal yang saya ada dan tidak pernah meragam atau rosak sebelum ini,” katanya.

 

Berhubung videonya yang tular, Muhammad Arif berkata dia tidak sedar ada individu merakam kejadian itu seterusnya memuat naik rakaman video di TikTok.

 

“Saya tiada akaun TikTok dan tidak tahu video itu sudah tular hingga diberitahu oleh kakak (Siti Amira, 31).

See also  Pesakit Diabetes boleh Makan Nasi asalkan indek gula rendah

 

“Terima kasih kepada yang prihatin hingga sanggup membantu selepas menonton video itu. Lebih buat saya terharu apabila pemimpin setempat turut datang ke rumah tiga hari lalu untuk mengetahui keadaan saya dan memberi sumbangan wang tunai,” katanya.

 

Disiarkan pada: July 14, 2021 @ 2:13pm

Oleh Redzuan Muharam

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Video Media sosial

 

#HarianMetro

#infosemasa

@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO✓✓ Mujur sempat, emak sudah amanahkan beli beras itu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370218
Users Today : 1981
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14399
Users Last 30 days : 65624
Users This Month : 59236
Users This Year : 370217
Total Users : 370218
Views Today : 2742
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21512
Views Last 30 days : 101122
Views This Month : 91289
Views This Year : 570355
Total views : 570356
Who's Online : 27
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares