Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama ‘terkorban’ akibat COVID-19 – Dr Noor Hisham

Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama ‘terkorban’ akibat COVID-19 – Dr Noor Hisham

Ridauddin Daud Julai 17, 2021 12:13 MYT

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua orang harus mengambil iktibar dengan insiden sebelum ini yang menyebabkan penularan kes dan kluster dalam komuniti. – Foto BERNAMA

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak merentas daerah dan negeri semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua orang harus mengambil iktibar dengan insiden sebelum ini yang menyebabkan penularan kes dan kluster dalam komuniti.

 

Menurutnya, bermula 1 Jun 2021 iaitu sejak permulaan pelaksanaan ‘total lockdown’ sehingga data terkini 16 Julai 2021, sebanyak 267 kluster komuniti dengan jumlah 17,106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.

See also  20 penyakit awal bakal hinggap warga 40an keatas

 

“Daripada jumlah 17,106 kes tersebut, 105 kematian telah dilaporkan sehingga kini dan 42 kes sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

 

“Kluster-kluster komuniti ini tercetus susulan sambutan majlis perayaan yang lalu (Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai), aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan kejiranan atau kampung, perjumpaan antara ahli keluarga dari rumah-rumah yang berlainan serta majlis pengebumian.

 

“Beberapa kluster komuniti ini turut melibatkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan yang disebutkan di atas,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

 

Tambahnya, KKM khuatir dengan 21 kluster yang didapati tercetus akibat aktiviti merentas negeri.

 

“Dalam tempoh 1 Jun 2021 sehingga 16 Julai 2021 sahaja, sebanyak 1,010 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam 21 kluster ini, iaitu daripada 5,681 individu yang disaring (kadar positiviti 17.8 peratus).

See also  Sayuran dan buah-buahan stabilkan gangguan emosi (mood swing)

 

“Kluster-kluster ini didapati melibatkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan sambutan perayaan, mengunjungi ahli keluarga, menghadiri majlis pengebumian serta atas urusan kerja,” ujarnya.

 

Tegasnya, negeri yang melaporkan jumlah kluster rentas negeri tertinggi sejak 1 Jun 2021 adalah Perak dengan lapan kluster (38.1 peratus), Terengganu dengan lima kluster (23.8 peratus) serta Kelantan dengan tiga kluster (14.3 peratus).

 

Tambanya lagi, larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan juga masih lagi berkuat kuasa dan rakyat harus mematuhinya.

 

“Justeru, KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat supaya mengambil iktibar dan tidak mengulangi sikap tidak bertanggungjawab, khususnya semasa sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan pada 20 Julai 2021.

See also  Apa Tugas Vitamin B1 untuk badan kita

 

“Masyarakat diingatkan bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan.

 

“Jangan pula dalam keseronokan menyambut Hari Raya Korban menyebabkan kita sama-sama ‘terkorban’ dek kerana COVID-19,” katanya lagi.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama 'terkorban' akibat COVID-19 - Dr Noor Hisham " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370373
Users Today : 2136
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14554
Users Last 30 days : 65779
Users This Month : 59391
Users This Year : 370372
Total Users : 370373
Views Today : 2951
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21721
Views Last 30 days : 101331
Views This Month : 91498
Views This Year : 570564
Total views : 570565
Who's Online : 20
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares