Lelaki menderita alami sindrom tidur 25 hari sebulan

Lelaki menderita alami sindrom tidur 25 hari sebulan

 

NEW DELHI – Seorang lelaki dari negeri Rajasthan , India mengalami satu sindrom luar biasa apabila akan tidur selama 300 hari dalam setahun, lapor akhbar Times Of India, kelmarin.

Pukharam, 42, yang berasal dari daerah Nagaur dilaporkan akan tidur selama 20 hingga 25 hari bagi setiap kali dia melelapkan mata.

 

Dia dikesan mempunyai keadaan digelar Axis Hypersomnia sejak 23 tahun yang lalu dan sejak itu, ia mempengaruhi kehidupan sehariannya kerana ahli keluarga sukar untuk membangunkannya jika dia tertidur.

 

Axis Hypersomnia adalah gangguan tidur neurologi kronik yang menyebabkan mengantuk pada waktu siang atau waktu tidur yang panjang selama lebih 10 jam dalam tempoh 24 jam.

See also  Penemuan baru Hormon Melatonin anti oksidan terkuat penawar pelbagai penyakit

 

Menurut kajian, Axis Hypersomnia berlaku kerana turun naik protein otak yang dikenali sebagai TNF-alpha.

 

“Pada mulanya, dia biasa tidur selama lebih dari 5 hingga 7 hari sekaligus. Bimbang dengan situasi itu, kami meminta nasihat perubatan tetapi penyakitnya tidak dapat disembuhkan.

 

“Lama-kelamaan, keadaannya bertambah buruk, tempoh tidurnya semakin bertambah dan sekarang dia tidur untuk 20-25 hari sebulan, “kata ahli keluarganya.

 

Disebabkan gangguan itu, Purkharam hanya boleh membuka kedai runcitnya selama lima hari dalam sebulan dan bahkan mungkin tertidur ketika sedang bekerja.

See also  Tidur adalah terapi penting untuk elak terkena penyakit kronik

 

Selain itu, ketika dia tertidur, segala aktiviti harian seperti mandi dan makan akan dilakukan oleh ahli keluarganya.

 

Menurut Pukharam, meskipun sering mengambil vitamin dan tidur berlebihan, dia cepat berasa penat kerana badannya tidak menjalani sebarang aktiviti sihat.

 

Dia turut berdepan dengan masalah sakit kepala yang serius.

 

Walaupun belum ada penawar untuk keadaan Pukhram, isterinya, Lichmi Devi dan ibunya, Kanvari Devi berharap agar dia cepat sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti sebelumnya.

See also  Kisah Bekas Presiden Brazil menjadi mangsa sistem kehakiman curang

 

Pakar perubatan, Dr Birma Ram Jangid memberitahu, bahawa sindrom Axis Hypersomnia sangat jarang ditemui dan ia diklasifikasikan sebagai gangguan psikologi. – Agensi

 

Oleh KOSMO!

18 Julai 2021, 4:31 pm

 

#Kosmo

#infosemasa

@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki menderita alami sindrom tidur 25 hari sebulan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385631
Users Today : 1709
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17394
Users Last 30 days : 60947
Users This Month : 12635
Users This Year : 385630
Total Users : 385631
Views Today : 2619
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25785
Views Last 30 days : 92918
Views This Month : 18704
Views This Year : 593398
Total views : 593399
Who's Online : 8
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares