Rompak hasil laut negara, bot nelayan Vietnam ditahan.

Rompak hasil laut negara, bot nelayan Vietnam ditahan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

MIRI, 17 Jul: Sebuah bot nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak kerana disyaki merompak hasil laut di perairan negara pada jarak lebih kurang 36 batu nautika dari barat Tanjung Lobang, Miri sekitar jam 2.45 petang Khamis.

 

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, pemeriksaan dan geledah mendapati bot tersebut tidak memiliki sebarang dokumen serta lesen dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

See also  Tentera boleh buat tangkapan Kuala Lumpur: Perdana Menteri

 

Manakala 14 kru termasuk tekong warga Vietnam berumur dalam lingkungan 19 hingga 54 tahun juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa.

 

Beliau dalam satu kenyataan media hari ini turut berkata, bot dan kesemua kru diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Pulau Melayu, Miri untuk siasatan lanjut.

See also  [VIDEO]Impian Rohana ke menara gading jadi kenyataan

 

Zin Azman berkata, Maritim turut merampas peralatan menangkap ikan, bekalan diesel lebih kurang 3000 liter serta hasil tangkapan sekitar 800 kilogram ikan dengan jumlah keseluruhan anggaran termasuk bot ialah RM 1 juta .

 

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

See also  Jiwa patriotik pudar jahanamkan maruah bolasepak negara
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Rompak hasil laut negara, bot nelayan Vietnam ditahan. " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372139
Users Today : 754
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15451
Users Last 30 days : 64574
Users This Month : 61157
Users This Year : 372138
Total Users : 372139
Views Today : 1130
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23156
Views Last 30 days : 99482
Views This Month : 94268
Views This Year : 573334
Total views : 573335
Who's Online : 18
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares