5 individu bergaduh tepi jalan didenda RM4,000

5 individu bergaduh tepi jalan didenda RM4,000

 

KOTA BHARU – Enam individu termasuk tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki dalam pergaduhan di tepi Jalan Pasir Tumboh pada Selasa lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lima tertuduh iaitu Mohd. Fakhrudin Mat Zain, 47, Samsuddin Mohamad Sidik (45), Muhammad Syahrul Fahmi Abdullah (24), Siti Nor Farah Shazlina Supian (33) dan Siti Munirah Rizan (22) mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

 

Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh dalam kes itu, Nur Ashikin Rozaini 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

See also  RM 9.2 Billion wang tidak dituntut boleh semak secara dalam talian

 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama dengan sengaja telah melakukan kesalahan merusuh di tempat awam hingga menyebabkan seorang lelaki, Mohamad Hamdi Hanafi, 30, mengalami kecederaan luka pada bahagian muka, leher, bibir, belakang badan, siku kanan dan lutut kanan.

 

Kesalahan itu dilakukan oleh mereka di Jalan Pasir Tumboh di sini kira-kira pukul 5 petang pada 13 Julai lalu.

 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

See also  ‘Tak semua Peneroka nikmati kenaikan Harga Sawit’

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sharil Ramli manakala keenam-enam tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Samhana Aidenan.

 

Terdahulu, lima daripada tertuduh mengakui fakta kes kejadian yang dibacakan oleh jurubahasa semasa prosiding dijalankan, namun salah seorang tertuduh, Nur Ashikin tidak mengakui fakta tersebut.

 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda masing-masing sebanyak RM4,000 kepada lima tertuduh yang mengakui fakta kes manakala Nur Ashikin dibenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.

 

Mahkamah menetapkan 25 Ogos depan sebagai tarikh untuk serahan dokumen bagi kes dihadapi Nur Ashikin yang bekerja sebagai pembantu kedai.

See also  Bot uzur jadi tempat tidur lima beranak

 

Kesemua tertuduh membayar denda dan jaminan yang ditetapkan mahkamah. – K! ONLINE

 

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

19 Julai 2021, 2:36 pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 5 individu bergaduh tepi jalan didenda RM4,000 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370419
Users Today : 2182
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14600
Users Last 30 days : 65825
Users This Month : 59437
Users This Year : 370418
Total Users : 370419
Views Today : 3028
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21798
Views Last 30 days : 101408
Views This Month : 91575
Views This Year : 570641
Total views : 570642
Who's Online : 17
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares