Polis ‘sekolahkan’ pengguna ekzos bising

Polis ‘sekolahkan’ pengguna ekzos bising

 

PETALING JAYA – Pengguna laman sosial menyokong tindakan yang dilakukan oleh seorang anggota polis yang telah ‘menghukum’ seorang penunggang motosikal yang menggunakan ekzos bising.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Sukan Star TV, kelihatan seorang anggota telah ‘meletakkan’ kepala lelaki terbabit berdekatan ekzos motosikal miliknya sendiri.

 

Pada masa sama, anggota tersebut telah ‘memerah throttle minyak’ sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.

See also  Ekonomi Covid19 Ramai jual motor, ‘pajak’ geran di kedai

 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian itu dirakam, namun difahamkan ia sekitar negeri di sebelah Kepulauan Borneo berdasarkan nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

 

Susulan tular klip video berdurasi empat saat itu, rata-rata pengguna laman sosial telah meninggalkan pelbagai komen dan reaksi yang menyokong tindakan yang dilakukan anggota itu.

 

“Elok pun kena sekolahkan, manusia jenis macam ini ingatkan dia terlampau hebat dan ego, semoga menjadi pengajaran pada yang punya kenderaan seperti ini,” tulis Anuar Anuar.

See also  VIDEO Avanza bawa syabu pecut  lawan arus 2km elak ditahan polis

 

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhamad Aidil Mazlan.

“Memang patut pun polis buat hukuman macam ni dekat orang yang buat ekzos terlalu bising ni. Tu makan dia, baru dia rasa apa yang orang lain rasa,” katanya.-K! ONLINE

See also  Video✓✓ Tik Tok tanggal gelang 'pink': Remaja dikompaun RM5,000

 

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

20 Julai 2021, 11:41 am

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis ‘sekolahkan’ pengguna ekzos bising " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156138
Users Today : 928
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24533
Users Last 30 days : 79962
Users This Month : 49863
Users This Year : 156137
Total Users : 156138
Views Today : 1690
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37202
Views Last 30 days : 123244
Views This Month : 76521
Views This Year : 238911
Total views : 238912
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares