Warga Asing Sorok dalam bonet untuk rentas negeri

Warga Asing Sorok dalam bonet untuk rentas negeri

 

PERAK

TELUK INTAN

 

Cubaan tiga lelaki Indonesia menyorok dalam bonet sebuah kereta untuk merentas negeri gagal semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Kilometer 30, Jalan Feri dekat Hutan Melintang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, warga asing berusia 18, 32 dan 36 tahun ditahan bersama pemandu kereta sewa iaitu lelaki tempatan berusia 36 tahun.

See also  Video®Samseng jalanraya pecah cermin kereta ditahan polis

 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kereta jenis Perodua Bezza itu dalam perjalanan menghala Hutan Melintang.

 

Katanya, pemeriksaan kemudian menjumpai tiga lelaki warga asing berbaring dalam keadaan berhimpit pada bahagian bonet.

 

Kesemua lelaki warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

 

Mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tukang kebun,” katanya di sini hari ini.

See also  Anak trauma jadi mangsa buli Asrama Sekolah

 

Menurut beliau, lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai pemandu untuk menghantar warga asing tersebut ke Batu Gajah dengan bayaran RM300 seorang.

 

Katanya, keempat-empat lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen surat rentas negeri

 

K! ONLINE

 

Oleh ASLIZA MUSA

See also  Konstabel PGA ketuai serbuan palsu, samun warga asing

20 Julai 2021, 5:20 pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga Asing Sorok dalam bonet untuk rentas negeri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133158
Users Today : 1553
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20470
Users Last 30 days : 69173
Users This Month : 26883
Users This Year : 133157
Total Users : 133158
Views Today : 2465
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31808
Views Last 30 days : 108150
Views This Month : 41784
Views This Year : 204174
Total views : 204175
Who's Online : 1
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares